Tragedi Bukit Changkat Asa : Nur Izzati Ditemui 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Hilang

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 28 May 2026 13:32:47

Remaja hilang, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim, ditemukan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat mangsa ditemukan di luar laluan mendaki oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 11.59 pagi.

Advertisement

izzati

“Mangsa ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

“Pasukan SAR mengambil masa 20 minit membawa mayat ke PKTK menggunakan pengusung,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, mayat kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

(TERKINI) Hilang Di Bukit Changkat, Nur Izzati Dilaporkan Meninggal Dunia

Terdahulu, operasi SAR yang memasuki hari keempat hari ini dimulakan pada jam 8 pagi dengan penglibatan pelbagai agensi keselamatan selepas ditangguhkan pada jam 6.30 petang semalam.

Nur Izzati Humaira dipercayai tersesat sekitar jam 10.50 pagi Sabtu lalu ketika menuruni bukit bersama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian agar tiba lebih awal kerana berasa panas dan penat. – Harian Metro

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

izzati meninggal dunia
2026-05-26 13:44:19

(TERKINI) Hilang Di Bukit Changkat, Nur Izzati Dilaporkan Meninggal Dunia

Tragedi Bukit Changkat Asa : Nur Izzati Ditemui 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Hilang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts