by Oh! Semput
Diterbitkan pada Jun 22, 2017
Bagaimana Untuk Memakai Gincu Matte

Untuk mendapatkan bibir matte yang sempurna, anda perlu rapikan bibir anda terlebih dahulu. Walaupun ‘lipgloss’ boleh menutup bibir yang kering, matte tidak dapat menyembunyikan kulit bibir yang kering. Oleh itu, pastikan anda lakukan langkah-langkah ini untuk mendapatkan bibir matte yang sempurna.
Tips : Tukar gincu sedia ada kepada gincu matte
Daripada membeli gincu baru, hanya gunakan stok gincu sedia ada anda untuk jadikannya kelihatan seperti gincu matte. Caranya mudah sahaja, selepas menggunakan gincu, lapkan bibir anda dengan tisu. Kemudian gunakan hujung jari anda untuk meletakkan bedak muka lutsinar pada bibir anda agar tidak kelihatan berkilat.
LIKE Pamapedia DI SINI