1MDB: PAS 'Tuntut' Kerajaan Akur 'Keputusan' Majlis Raja-Raja 2015 !

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 04 Aug 2017 06:00:40


BERIKUT ialah jawapan saya kepada soalan daripada wartawan Harakah siang tadi mengenai kegagalan 1MDB membayar IPIC pada 31 Julai yang lalu.

Apakah 3 bulan tidak cukup untuk 1MDB menyediakan bayaran kepada IPIC?

Seperti bayaran hutang kad kredit, seseorang harus tahu menguruskan kewangannya agar dapat membayar pada waktu yang ditetapkan untuk dielak dikenakan bayaran denda yang lebih mudarat.

Kegagalan 1MDB membayar IPIC sejumlah AS$603 juta pada tempoh yang ditetapkan adalah memalukan. Mengapa 1MDB tidak umum terlebih awal ia memerlukan masa, dan membiarkan IPIC yang melakukan pengumuman terlebih dahulu?

Pertama, 1MDB sudahpun mengetahui pembayaran perlu dilakukan ada 31 Julai sejak 24 April yang lalu setelah penyelesaian ini diumumkan di Bursa Saham London. Apakah 3 bulan ini tidak mencukupi untuk menyelesaikan semua masalah teknikal atau ada perkara lebih besar yang sedang disembunyikan?

Sehingga kini, kita masih tidak mengetahui apa kesannya jika 1MDB gagal untuk membayar di dalam tempoh 5 hari yang diberikan oleh IPIC ekoran kegagalan membayar ansuran pertama pada 31 Julai yang lalu.

Apakah ini ekoran kegagalan mendapat duit daripada China untuk Bandar Malaysia? Mana pergi duit penjualan daripada Edra? Alasan bahawa 1MDB masih memerlukan kelulusan pengawalseliaan tambahan juga menimbulkan tanda tanya. Kelulusan mana yang sedang ditunggu 1MDB?

Bagaimana pula dengan pembayaran kedua kepada IPIC pada 31 Disember 2017? Apakah tempoh 5 bulan ini mencukupi untuk 1MDB membuat persediaan dan segala kelulusan teknikal untuk membayar tepat pada masanya?

Ini masalahnya apabila isu 1MDB tidak diluluskan untuk dibahas di parlimen. PAS tetap dengan pendirian menuntut agar kerajaan akur dengan keputusan Majlis Raja-Raja pada 2015 yang menggesa siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai isu 1MDB pada kadar segera. #sumber

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts