(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 08 Jun 2026 07:30:20

Apabila anda mendengar nama ‘myFirst’, pastinya anda fikir ia adalah sesuatu yang sesuai untuk kanak-kanak, bukan? Ya, benar bahawa myFirst adalah sebuah jenama dengan ekosistem gajet yang dibuat untuk kanak-kanak.

myFirst merangkumi gajet-gajet seperti jam tangan pintar, fon kepala wayarles, fon telinga wayarles, dan kamera.

Salah satu kamera keluaran myFirst ialah myFirst Insta Lux. Saya akui bahawa saya tidak pernah menguji kamera sebegini dan ini adalah kali pertama. Jadi, mari kita teroka.

Apa Yang Ada Pada Kamera myFirst Insta Lux?

Bermula dengan spesifikasi-spesifikasi kamera ini, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan, tetapi cukup memadai untuk kegunaan kanak-kanak. Ada dua lensa kamera iaitu kamera utama di belakang, dan kamera swafoto yang terletak di atas skrin IPS di hadapan.

Kamera ini juga mempunyai banyak butang. Bagi saya, saya suka butang-butang kamera ini kerana cukup clicky dan memuaskan. Ia sememangnya lebih berguna dalam jangka masa panjang berbanding kawalan sentuh. Bagi saya juga, kawalan pada kamera ini tidak mengelirukan dan patutnya mudah untuk kanak-kanak belajar. Boleh kata ia adalah mesra kanak-kanak.

Tambahan pula, butang-butang shutter (untuk menangkap gambar) mempunyai dua peringkat. Separuh tekan, lensa kamera akan fokus. Apabila ditekan habis, gambar akan ditangkap. Seolah-olah menggunakan kamera yang profesional. Tetapi, diingatkan bahawa ciri fokus hanya ada pada lensa kamera utama sahaja. Tiada fokus pada lensa kamera swafoto.

Butang ‘shutter’ dua peringkat.

Selain itu, kamera ini menyokong kad mikro SD sehingga 64GB, jadi tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada kad mikro SD 4GB yang sedia ada. Tetapi, kamera ini tiada storan dalaman, jadi ia sangat bergantung kepada kad mikro SD sebagai storan untuk menyimpan gambar.

Satu perkara yang anda tidak perlu risau adalah memenuhkan storan kerana kamera ini tidak menyokong rakaman video. Jadi, kad mikro SD yang disertakan ini sangatlah mencukupi untuk menangkap lebih 300 gambar.

Kad mikro SD tidak berjenama disertakan.

Seterusnya, terdapat lubang lanyard di kiri dan kanan kamera, jadi kamera ini boleh digantung di leher. Jangan risau, lanyard disertakan dalam pakej kamera ini.

Anda juga boleh lihat slot kad mikro SD dan port type-C di sebelah kanan kamera. Di sebelah kiri, terdapat lubang di mana gambar cetakan akan keluar. Pada port type-C, ada juga lampu penunjuk apabila kamera sedang dicas.

Bagi sambungan cas, dikatakan ia akan mengambil masa 2.5 jam untuk cas bateri bersaiz 700mAh sehingga penuh, tetapi berdasarkan ujian saya, bateri kamera ini boleh menjadi penuh dalam masa sejam lebih sahaja apabila menggunakan kepala pengecas pantas 100W.

Walau bagaimanapun, perbuatan ini tidak digalakkan jika anda mementingkan jangka hayat bateri pada jangka masa panjang. Lagi satu, bateri kamera ini tidak boleh ditukar, jadi anda benar-benar perlu berhati-hati dengan bateri ini dalam jangka masa panjang.

Satu perkara juga yang anda perlu tahu, port type-C tidak boleh digunakan untuk menghantar fail dari kamera ke komputer. Maka, anda sentiasa perlu mengeluarkan kad mikro SD dari kamera dan sambungkan ke komputer. Sedikit menjengkelkan, tetapi ia bukanlah masalah yang besar.

Beralih ke bahagian bawah kamera, terletaknya penutup kartrij filem yang bermagnetik. Di sinilah anda boleh menarik keluar kartrij untuk ditukarkan kepada yang baharu apabila kertas mencetak telah habis. Dalam kartrij asal, terdapat 10 keping filem sedia ada.

Sebelum saya ceritakan kisah saya dengan kamera ini, kita masuk sedikit ke dalam sistem dahulu. Terdapat banyak tetapan tambahan untuk menepati citarasa anda. Ini juga satu titik permulaan yang baik bagi kanak-kanak yang ingin belajar tentang ilmu fotografi asas seperti pengawalan ‘exposure’ dan ‘white balance’.

Anda juga boleh tetapkan filter yang diingini dengan menggunakan roda skrol di atas kamera. Terdapat sejumlah 6 filter. Bingkai-bingkai gambar juga ada bagi yang inginkan hasil gambar yang lebih ‘goofy’ dan ‘quirky’.

Baiklah, kini tiba masanya untuk menceritakan pengembaraan fotografi saya dengan kamera ini.

Pengalaman Mengguna myFirst Insta Lux

Alkisah bermulanya dengan portability atau kemudahalihan. Kamera ini tidaklah berat, iaitu 310 gram, jadi boleh sahaja pegang tanpa rasa lenguh. Walaupun begitu, disebabkan dimensinya yang agak tebal dan besar, ia tidak muat untuk dimasukkan ke dalam poket.

Tetapi, dengan adanya lanyard, hilang kerisauan ini. Gantung sahaja di leher, selesai masalah. Ketika ingin menangkap gambar, kamera ini juga tidak mudah jatuh dari pegangan tangan kerana permukaannya yang bertekstur.

Sebelum gambar ditangkap, ada filter-filter yang boleh ditetapkan seperti yang telah disebutkan sebelum ini. Ini adalah contoh-contoh gambar menggunakan filter yang ada.

Apabila gambar ditangkap, satu perkara yang jelas: kualiti gambar biasa-biasa sahaja, setaraf dengan lensa kamera pada telefon Nokia dari tahun 2010. Banyak noise dan tidak berapa tajam. Tetapi, bagi saya, itu adalah satu kelebihan atau keunikan kerana ada sedikit elemen nostalgia pada gambar-gambar yang dihasilkan.

Seperti yang dapat dilihat, dengan filter ‘auto’ dan pencahayaan yang cukup terang, warna yang dihasilkan cukup baik. Kadangkala, ada juga hasil gambar yang kelihatan kusam dan tidak bermaya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts