Ulasan Samsung Galaxy Z Fold8 – Beli Yang Ini

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 07 Aug 2026 14:03:54

Saya tak mahu menulis sampai separuh kertas kajang atau menggunakan metafora puitis seperti penulisan arwah Loloq dalam artikel ini. Dalam perenggan pertama saya ingin beritahu kepada anda jika anda ingin membeli sebuah telefon skrin lipat hari ini, pilihan terbaik ialah Samsung Galaxy Z Fold8. Mari saya terangkan kepada anda mengapa menggunakan kurang daripada 2000 patah perkataan.

Spesifikasi

Samsung Galaxy Z Fold8
SkrinSkrin Luar
5.5″ Dynamic LTPO AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 2600 nit

Skrin Dalam
7.6″ Dynamic LTPO AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 2600 nit
PemprosesQualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy (3nm)
Cip2×4.74 GHz Oryon V3 Phoenix L
6×3.62 GHz Oryon V3 Phoenix M
Cip GrafikAdreno 840
RAM12/16 GB LPDRR5X
12GB RAM Plus
Muatan Dalaman256/512/1000 GB UFS 4.0
Kamera Utama50MP f/1.9 OIS (Sudut Lebar)
50MP f/2.8 (Ultra Lebar)
Kamera Swafoto10MP f/2.2 (Luar)
10MP f/2.2 (Dalam)
Bateri4800 mAh
Pengecasan berwayar 45W
Pengecasan nirwayar 15W
Pengecasan berbalik 4.5W
SIM/Telefoni2 Nano, 1 eSIM
5G
NFCYa
Bicu AudioTiada
Kalis AirIP48
Sistem ImbasanPengimbas cap jari sisi
Harga JualanRM 7,299 (12/256 GB)
RM 8,099 (12/512 GB)
RM 9,699 (16/1000 GB)

REKAAN dan PENGGUNAAN

Selepas tujuh iterasi peranti, akhirnya Samsung menawarkan Z Fold dengan skrin yang mirip Oppo Find N pertama. Skrin luar 5.5″ Dynamic LTPO AMOLED 2X adalah berkotak dengan nisbah 4:3 dan kadar segar semula 120Hz. Ia adalah sama seperti skrin Z Fold8 Ultra cuma lebih pendek. Pada peringkat awal penggunaan peranti terasa sedikit aneh kerana ia lebih lebar berbanding Z Fold7 dan Magic V6 yang saya ulas sebelum ini.

Tetapi selepas beberapa jam, semuanya menjadi semula jadi. Skrin luar yang lebar memudahkan proses menaip walaupun dengan satu tangan. Skrin mempunyai bezel nipis dan skrin empat segi sebenar tanpa bucu bulat yang digunakan pada Magic V6, Find N6 dan Pixel 10 Pro Fold. Tiada ada kawasan aplikasi atau laman web terpotong kerana bucu dibulatkan.

Dari segi pengalaman menonton video pula ianya juga mantap walaupun aga kecil. Palang hitam di atas dan bawah adalah kecil. Dengan sokongan HDR10+, kandungan HDR boleh ditonton dengan terang.

Skrin dalam pula sebesar 7.6″ Dynamic LTPO AMOLED 2X juga 120Hz dengan sokongan HDR10+. Kesan lipatan adalah tidak ketara dalam minggu pertama digunakan tetapi mula muncul selepas dua minggu.

Tetapi saya boleh katakan kepada anda sebagai pengguna peranti skrin lipat sejak 2019. Selepas beberapa hari anda tidak akan nampak kesan lipatan pada skrin. Sama seperti pengguna iPhone tidak nampak takuk pada iPhone X dan lubang Face ID pada iPhone 17. Otak manusia dengan segera boleh memadam elemen yang tidak enak mata dipandang.

Dengan nisbah 16:10, skrin dalam Z Fold8 adalah sama saiz dengan iPad Mini cuma tanpa bezel gergasi. Ini adalah nisbah skrin paling praktikal untuk sebuah tablet dan skrin lipat kerana mempunyai ruang cukup untuk menonton video, melayari web dan menaip. Satu isu yang saya tidak boleh maafkan ialah tiada Flex Mode pada skrin lipat ini.

Saya pengguna siri Z Fold sejak dari awal dan Flex Mode ialah ciri yang saya gunakan setiap hari. Ketiadaannya sangat saya rasai seperti hilangnya sokongan BT pada S Pen siri Galaxy S Ultra. Bagi yang tidak pernah menggunakan Flex Mode anda mungkin kata “big deal?” tetapi bagi pengguna tegar ia adalah ciri perlu yang memudahkan kawalan video yang sedang ditonton.

Tiada Flex Mode

Z Fold8 turut melepasi piawaian IP48 bagi memberikan kemampuan kalis air serta debu sama seperti Z Fold7 tetapi ini di belakang IP68 pada Pixel 10 Pro Fold dan IP59 pada Find N6. Peranti masih tidak akan mati jika terkena percikan air dan dalam 90% situasi IP48 adalah memadai.

Tubuh berkotak dengan saiz sebuah pasport ialah anjakan paradigma rekaan telefon yang saya tidak sangka sangat praktikal. Pengalaman mengulas Find N empat tahun lalu adalah menarik tetapi kerana tubuhnya yang tebal masih menjadikan penggunaannya kurang intuitif. Dengan tubuh senipis peranti candybar biasa, saya gunakan Z Fold8 dalam keadaan tertutup dalam 80% situasi sepanjang tempoh ia diulas.

Skrin utama hanya digunakan untuk menonton YouTube dan Netflix atau membaca komik. Skrin luar dan dalam kedua-dua sangat sempurna untuk mereka yang gemar membaca ebuku dan komik. Saya ada banyak membeli komik di Play Book dan Z Fold8 ialah peranti terbaik untuk membac komik/manga. Saiznya sedikit lebih kecil berbanding komik Doraemon dan Dragon Ball yang saya baca semasa dekad 90an dahulu. Begitu juga dengan ebuku kerana saiznya sama dengan pocket book dan surah yasin.

Walaupun saya puji rekaan kompak ergonomik serta mantap untuk mereka yang membaca buku/komik digital, saya perlu menyentuh beberapa isu yang dihadapi. Pertama sekali tidak semua aplikasi serasi digunalan dengan Z Fold8. Pinterest tidak boleh digunakan menegak pada skrin dalam. Video susur masa Instagram terpotong pada skrin luar kerana nisbah 4:3 tidak cukup tinggi.

Kandungan terpotong

Papan kekunci pula memgambil lebih separuh skrin luar pada tetapan lalai Samsung Keyboard. Anda perlu lakukan beberapa pengumbahsuaian seperti menggunakan Gboard dan ubah ketinggian papan kekunci misalnya untuk mendapatkan pengalaman tanpa kompromi. Setelah semua ini diubah, Z Fold8 tidak banyak bezanya dengan S26 Ultra yang saya gunakan sebagai peranti kegunaan seharian.

PERISIAN DAN PENGALAMAN PENGGUNAAN

Z Fold8 adalah antara peranti pertama menggunakan Android 17 menerusi pelancar One UI 9. Dari segi rekaan antaramuka tidak ada banyak bezanya dengan One UI 8.5 yang digunakan pada siri Galaxy S26. Walaupun Android 17, ciri seperti Bubbles untuk multi tugas dan beberapa ciri ejen AI masih belum boleh digunakan di Malaysia kerana ia terhad di beberapa pasaran sahaja.

Jika diaktifkan kelak, anda memerlukan langganan Google AI Pro untuk menikmatinya. Samsung memberikan langganan percuma Google AI Pro selama 6 bulan kepada pemilik Z Fold8 di Malaysia.

Antaramuka One UI 9 adalah lancar dan pantas dengan pelbagai ciri tambahan seperti Side Panel yang memberikan akses kepada alat menghasilkan GIF, suntingan pantas dengan Nano Banana dan hanya menangkap sebahagian skrin sahaja. Walaupun hanya dilengkapi 12GB RAM, peranti tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang dua minggu diulas. Jika jumlah RAM ini dirasakan tidak mencukupi, ciri RAM Plus membolehkan ia ditambah sebanyak 2, 4, 6, 8 atau 12GB mengikut keperluan pemilik dengan ia ditolak daripada storan peranti.

Taskbar dikemaskini dengan dua versi. Satu yang kekal di bawah skrin sepanjang masa pada skrin besar dan satu lagi muncul apabila diperlukan dengan menatal daripada bawah skrin ke atas. Saya lebih menggemari pilihan Taskbar pertama kerana ia sentiasa boleh dilihat untuk memudahkan pertukaran aplikasi sepantas kilat.

Ciri Muti WIndow juga ditambah baik dengan tiga aplikasi boleh disusun sebelah menyebelah seperti pada peranti ColorOS dan MagicOS. Ciri meletakkan tiga aplikasi serentak dengan dua dalam skrin kecil dan satu pada skrin besar masih lagi boleh digunakan.

Ekosistem Apple juga boleh disokong dengan Z Fold8 boleh menggunakan protokol AirDrop untuk menghantar fail ke iPhone, iPad dan Mac menerusi Quick Share. Ini ialah ciri yang dibangunkan secara natif oleh Google tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga dimuat turun terlebih dahulu.

Ciri AI yang diperkenalkan ialah Gemini, Circle to Search, Now Nudge, Now Brief, Now Bar, Gemini Live, Audio Eraser, Call Assist, Note Assist dan Call Translate juga diberikan

Samsung menawarkan kemas kini 7 versi Android dan tampalan sekuriti selama 7 tahun pada Galaxy Z Fold8 maka pembeli tidak perlu risau mengenai sokongan perisian sepanjang tempoh ini.

PENANDA ARAS

Z Fold8 menggunakan Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy sama seperti Galaxy S26 Ultra. Berikut ialah senarai beberapa peranti lipat dan konvensionla di pasaran Malaysia sebagai perbandingan.

  • Samsung Galaxy Z Flip8 – Exynos 2600
  • Honor Magic V6 – Snapdragon 8 Elite Gen 5
  • Oppo Find N6 – Snapdragon 8 Elite Gen 5
  • Samsung Galaxy Z Fold7 – Snapdragon 8 Elite for Galaxy
  • Oppo Find X9 Ultra – Snapdragon 8 Elite Gen 5
  • Samsung Galaxy S26 Ultra – Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy
  • Vivo X300 Pro – Dimensity 9500
  • Apple iPhone 17 Pro – A19 Pro

Antutu 3D

PerantiSkor
Samsung Galaxy Z Fold82,184,626
Samsung Galaxy Z Flip8 2,463,934
Honor Magic V63,439,798
Oppo Find N63,080,123
Samsung Galaxy Z Fold71,747,012
Oppo Find X9 Ultra4,120,640
Samsung Galaxy S26 Ultra3,136,285
Vivo X300 Pro3,507,869
Apple iPhone 17 Pro2,634,345

Geekbench 6

PerantiSatu TerasMulti Teras
Samsung Galaxy Z Fold835129871
Samsung Galaxy Z Flip819235091
Honor Magic V635299938
Oppo Find N634509393
Samsung Galaxy Z Fold727459060
Oppo Find X9 Ultra350510277
Samsung Galaxy S26 Ultra365110819
Vivo X300 Pro350710469
Apple iPhone 17 Pro35608835

3DMark Wildlife Extreme

CipSkor
Samsung Galaxy Z Fold85365
Samsung Galaxy Z Flip84099
Honor Magic V66481
Oppo Find N66020
Samsung Galaxy Z Fold75633
Oppo Find X9 Ultra7391
Samsung Galaxy S26 Ultra7375
Vivo X300 Pro7075
Apple iPhone 17 Pro5873

Markah yang dicatatkan tidak akan membuatkan anda menjerit wow. Ia lebih rendah berbanding S26 Ultra walaupun menggunakan cip yang sama. Teori saya ialah seperti pada Magic V6, profi kuasa digunakan untuk mengurangkan penggunaan tenaga pada Z Fold8. Oleh sebab itu dalam ujian penanda aras markah yang tinggi tidak dapat dicapai.

Tetapi dalam penggunaan dunia sebenar Z Fold8 ialah peranti gaming yang mantap. COD Mobile misalnya boleh dimainkan pada tetapan MAX dengan kadar bingkai tinggi. Peranti tidak menjadi ketuhar malahan selepas 10 sesi MP Ranked peranti sekadar suam sedikit. Pemanasan yang disedari apabila banyak gamabr diambil berterusan. Pemprosesan gambar lebih berat berbanding menjalankan permua.

Semua permua popular seperti Genshin, Wuthering Waves, dan PUBG Mobile juga boleh dijalankan tanpa isu. Aplikasi lazim pula tidak akan membuatkan Z Fold8 tersedak. Saya skrin dalam yang besar, Z Fold8 kini menjadi peranti pilihan saya untuk gaming. Cukup mantap untuk permua Android atau menjalankan emulator NES, SNES, MegaDriver, PS1 dan PS2. Semua dalam tubuh kecil yang mudah dibawa kemana-mana.

KAMERA

Hanya dwikamera 50MP sudut lebar dan 50MP ultra lebar digunakan bersama dua kamera swafoto 10MP. Sistem kamera pada Z Fold8 tidak menakjubkan jika dibandingkan dengan kamera peranti jenis Fold yang lain. Dalam majoriti situasi gambar yang diambil adalah tajam, terang dan memuaskan walaupun dalam keadaan gelap.

Kekurangan hanyalah tiada sistem zom telefoto optikal yang lazimya disertakan pada peranti Fold. Dari segi prestasi kamera Z Fold8 lebih baik berbanding Z Flip8 tetapi di bawah Z Fold8 Ultra. Di tengah-tengah menjadikan kemampuan keseluruhannuya “mid” sahaja jika kita menggunakan terma Gen Z.

Di bawah ialah tetapan zum 2x, 4x dan 10X. Zum digital hanya sehingga 10X kali sahaja. Pada tetapan 4x sudah nampak gambar tidak lagi tajam dan warna mula lari. Pada tetapan 10X gambar ditangkap semakin pecah sehingga nampak seperti kamera kelas pertengahan. Jika anda mahukan peranti lipat dengan zum yang baik, Z Fold8 bukan untuk anda. Sebaliknya lebih baik membeli Find N6 atau Magic V6 yang mempunyai sistem trikamera lebih baik.

Zum 2X
Zum 4X
Zum 10X

BATERI

Bateri 4800 mAh menawarkan penggunaan yang boleh bertahan sepanjang hari jika skrin luar lebih banyak digunakan. Kapasiti bateri Z Fold8 hanya sedikit lebih kecil jika dibandingkan dengan bateri 5000 mAh Z Fold8 Ultra.

Jika skrin dalaman digunakan secara berterusan, peranti boleh bertahan sehingga 6 jam. Secara purata dalam penggunaan biasa hayat penggunaan antara 15-18 jam boleh dicapai yang pada hemat saya baik untuk sebuah peranti skrin lipat. Pengecasan semula bateri mengambil masa sekitar 60 minit menggunakan pengecas 45W. Pengecas tidak disertakan dengan setiap pembelian.

AUDIO

Audio seimbang daripada kedua-dua speaker fizikal. Lokasinya yang menembak ke sisi dan diletakkan pada “pintu” skrin yang sama memberikan pengalaman audio lebih baik jika dibandingkan dengan Magic V6. Tetapi kerana tubuh Z Fold8 yang nipis, saya rasakan kualiti audio tidak sebaik Z Fold6 apatah lagi S26 Ultra.

Kebuk speaker yang kecil membuatkan audio tidak sebaik pada peranti yang lebih tebal. Ianya memuaskan untuk panggilan telefon atau video tetapi bila menonton YouTube atau Netflix misalnya, terasa sedikit kosong walaupun dengan Dolby Atmos dihidupkan.

PESAING

Samsung Galaxy Z Fold8Samsung Galaxy Z Fold8 UltraHonor Magic V6
Skrin Luar
5.5″ Dynamic LTPO AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 2600 nit

Skrin Dalam
7.6″ Dynamic LTPO AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 2600 nit
Skrin Luar
6.5″ Dynamic LTPO AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 2600 nit

Skrin Dalam
8.0″ Dynamic LTPO AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 2600 nit
Skrin Luar
6.52″ LTPO2 AMOLED, 120Hz, Dolby Vision, 6000 nit

Skrin Dalam
7.95″ LTPO2 AMOLED, 120Hz, Dolby Vision, 5000 nit
Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy (3nm)
2×4.74 GHz Oryon V3 Phoenix L
6×3.62 GHz Oryon V3 Phoenix M
Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy (3nm)
2×4.74 GHz Oryon V3 Phoenix L
6×3.62 GHz Oryon V3 Phoenix M
Snapdragon 8 Elite Gen 5 (3nm)
2x Oryon V3 Phoenix L 4.74 GHz
6x Oryon V3 Phoenix M 3.62 GHz
Adreno 840Adreno 840Adreno 840
12/16 GB LPDRR5X12/16 GB LPDRR5X16 GB LPDRR5X
256/512/1000 GB UFS 4.0256/512/1000 GB UFS 4.0512/1000 GB UFS 4.1
Kamera Utama
50MP f/1.9 OIS (Sudut Lebar)
50MP f/2.8 (Ultra Lebar)
Kamera Utama
200MP f/1.7 OIS (Sudut Lebar)
50MP f/2.2 (Ultra Lebar)
10MP, f/2.4, OIS (Telefoto 3x)
Kamera Utama
50MP f/1.6, OIS (Sudut Lebar)
50MP f/2.2 (Ultra Lebar)
64MP f/2.5, OIS (Telefoto 3X)
Kamera Swafoto Depan
10 MP f/2.2

Kamera Swafoto Dalam
10 MP f/2.2
Kamera Swafoto Depan
10 MP f/2.2

Kamera Swafoto Dalam
10 MP f/2.2
Kamera Swafoto Depan
20 MP f/2.2

Kamera Swafoto Dalam
20 MP f/2.2
IP48IP48IP69
Tiada bicu audioTiada bicu audioTiada bicu audio
Audio StereoAudio StereoAudio Stereo
4800 mAh
Pengecasan berwayar 45W
Pengecasan nirwayar 15W
Pengecasan berbalik 4.5W
5000 mAh
Pengecasan berwayar 45W
Pengecasan nirwayar 15W
Pengecasan berbalik 4.5W
6600 mAh SiC
Berwayar 80W
Nirwayar 66W
Nirwayar Berbalik 10W
One UI 9, Android 17

Kemaskini
7+7 Tahun
One UI 9, Android 17

Kemaskini
7+7 Tahun
MagicOS 10, Android 16

Kemaskini
7+7 Tahun
Dilancarkan
Julai 2025
Dilancarkan
Julai 2025
Dilancarkan
Jun 2026
RM 7,299 (12/256 GB)
RM 8,099 (12/512 GB)
RM 9,699 (16/1000 GB)
RM 8,099 (12/256 GB)
RM 8,899 (12/512 GB)
RM 10,499 (16/1000 GB)
RM 7,699 (16/512GB)
RM 8,899 (16/1000GB)

DALAM KOTAK

Berikut ialah apa yang disertakan dalam kotak.

  • 1x Samsung Galaxy Z Fold8
  • 1x Kabel pengecas USB-C ke USB-C
  • 1x Manual
  • 1x Pin SIM

KESIMPULAN

Ada yang merungut Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra terlalu besar dan panjang. Samsung Galaxy Z Flip8 pula terlalu kecil dengan ia perlu dibuka sepanjang masa untuk digunakan. Samsung Galaxy Z Fold8 di tengah-tengah yang menyelesaikan dua dilema di atas. Skrin luar cukup besar untuk menaip, melayari web, menonton video dan aplikasi media sosial. Skrin dalam tidak perlu dibuka sepanjang masa.

Saiznya pula kecil dan nipis dengan ia juga ringan bagi sebuah peranti lipat jenis Fold. Hayat bateri amat baik walaupun tidak berkapasiti mega. Sejak hari pertama mengulas Z Fold8 saya jatuh hati dengan rekaan sebesar pasport ini dan tidak mengejutkan antara 3 peranti lipat Samsung yang dilancarkan tahun ini, Z Fold8 menerima pesanan paling tinggi.

Kekurangan terletak pada sistem dwi-kamera yang terhad. Tetapi saya yakin model tahun depan mungkin hadir dengan kamera telefoto. Satu lagi kekurangan ialah anda perlu bersedia dengan pengorbanan skrin peranti yang lebih pendek. Memang pemandangan dalam semua peranti tercantas di bahagian atas.

Ini ialah peranti yang harus dibeli sekiranya anda selama ini skeptikal dengan peranti skrin lipat. Di Malaysia Samsung Galaxy Z Fold8 dijual pada harga bermula RM 7,299 (12/256 GB) sebuah.

Pro

  • Tubuh nipis yang selesa di tangan serta ringan.
  • Tidak perlu dibuka setiap masa untuk digunakan.
  • Skrin terbaik untuk ebuku, komik dan emulator.
  • Spesifikasi kelas mercu yang berkuasa untuk pelbagai keperluan.
  • Kalis air serta debu IP48.
  • Menggunakan One UI 9 berasaskan Android 17.
  • Sokongan 7 versi Android dan 7 tahun tampalan sekuriti.
  • Bateri tahan lama dengan pengecasan 45W.

Kontra

  • Skrin luar pendek mencantas bahagian atas sesetengah aplikasi.
  • Prestasi zum kamera yang kurang memuaskan.
  • Harga mahal disebabkan krisis RAM.
  • Tiada Flex Mode.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts