Ulasan Samsung 990 – SSD Untuk Gaming

by Oh! Semput


3
SHARES
33
VIEWS
Posted on 20 Sep 2026 20:30:29

Harga yang semakin meningkat membuatkan pembelian peranti baharu bukanlah pilihan paling bijak pada ketika ini. Antara isu yang dihadapi sekarang storan dalam peranti yang tidak mencukupi maka pembelian SSD ialah antara penyelesaian jangka panjang yang boleh dilakukan.

Julai lalu SSD baharu Samsung 990 dilancarkan dengan ia satu lagi storan keadaan pepejal di bawah keluarga 990. Ia diletakkan di antara 990 Pro dan 990 Evo Plus. Perbezaan utama terletak pada teknologi QLC digunakan pada 990 berbanding TLC pada 990 Pro dan Evo Plus. Secara teknikalnya Samsung 990 ialah SSD yang dipasarkan untuk dipasarkan pada harga lebih mampu milik (secara relatif) dengan pengorbanan pada kelajuan serta jangka hayat storan.

Spesifikasi

Samsug 9901TB2TB
Jenis storanM.2 2280M.2 2280
Antaramuka / ProtokolPCIe 4.0 x4 / NVMe 2.0PCIe 4.0 x4 / NVMe 2.0
PengawalSamsung PiccoloQSamsung PiccoloQ
Memory FlashSamsung V9 QLCSamsung V9 QLC
Kelajuan membaca berturutan7,150 MB/s7,250 MB/s
Kelajuan menulis berturutan6,450 MB/s6,450 MB/s
Kelajuan Membaca rawak700K IOPS850K IOPS
Kelajuan membaca rawak1,100K IOPS1,200K IOPS
Kuasa (R/W)4.0W / 3.7W4.3W / 3.8W
Ketahanan400 TBW800 TBW
SekuritiAES 256-bit
TCG/Opal V2.0
Encrypted Drive (IEEE1667)
AES 256-bit
TCG/Opal V2.0
Encrypted Drive (IEEE1667)
Warranty3 Tahun3 Tahun
HargaRM 1,069RM 2,111

Ulasan dilakukan dari perspektif pengguna konsol PlayStation 5 dan konsol mudah alih Legion Go 2 yang saya miliki. Ini adalah kerana isu saya dengan konsol yang dibeli lima tahun lalu mempunyai storan yang terlalu kecil sedangkan permainan video kini mempunyai saiz yang semakin besar.

Pada waktu yang sama storan 500GB pada Legion Go 2 pula terlalu kecil untuk memuatkan semua permainan yang ingin saya mainkan. Kedua-dua konsol ini menyokong penambahan storan dalam bentuk SSD M.2 (2280)

Samsung 990 menyokong empat lorong PCIe Gen 4.0 sahaja tanpa sokongan dua lorong PCIe Gen 5.0 pada 990 Evo Plus. Ini bukanlah isu jika anda bercadang menggunakan 990 pada PS5 dan majoriti konsol PC mudah alih kerana PCIE Gen 4 adalah lebih daripada mencukupi untuk kelajuan storan minima. Ia hanya menjadi isu jika ingin digunakan pada PC berprestasi tinggi. Anda juga tidak perlu membayar lebih untuk ciri yang tidak diperlukan.

Pasca pemasangan saya mendapati proses melakukan format buat pertama kali juga pantas. Selepas dikesan oleh PS5 dan Legion Go 2. Proses pemindahan data permainan video sekitar 97GB juga boleh dilakukan dalam masa kurang 40 saat.

Menerusi sistem ujian terbina PS5, Samsung 990 boleh melakukan kelajuan membaca sehingga 6305 MB/s yang adalah lebih rendah berbanding kelajuan 7250 MB/s yang diiklankan oleh Samsung. Ini walau bagaimanapun lebih pantas berbanding 6077 MB/s yang dicatatkan Samsung 990 Evo Plus dalam ulasan yang dilakukan sebelum ini. Ini mungkin had pada sistem PS5.

Saya kemudian memindahkan Samsung 990 ke dalam Legion Go 2. Menerusi ujian CrystalDiskMark, storan berjaya mencatatkan kelajuan membaca 7300 MB/s yang lebih pantas berbanding kelajuan diiklankan. Sementara itu kelajuan menulis pula adalah 5776 MB/s.

Sungguhpun begitu ini masih lagi cukup pantas untuk digunakan pada PlayStation5 dyang memerlukan sekurang-kurangnya kelajuan membaca 5500 MB/s dan Legion Go yang memerlukan storan PCIe 4.0 x4. Ia adalah keperluan permainan seperti Ratchet & Clank : Rift Apart dan Astrobot yang mempunyai ciri melompat pantas ke mana-mana lokasi di dalam peta tanpa melakukan proses loading yang ketara.

Sepanjang tempoh ulasan saya memindahkan dan memasang kesemua permainan ke dalam Sasmung 990 dengan storan terbina PS5 digunakan sekarang untuk sistem operasi serta aplikasi. Tiada perbezaan dari segi prestasi apabila permainan dipasang pada dua storan berbeza ini.

Yang disedari hanyalah dari sudut spesifikasi dengan kitaran menulis data maksimum Samsung 990 ialah 400 TBW pada 1TB dan 800 TBW pada 2TB. Ini adalah lebih rendang berbanding Samsung 990 Evo Plus dengan kitaran menulis 600 TBW (1TB) dan 1200 TBW (2TB).

Kesimpulan

Samsung 990  ialah SSD pilihan kami untuk gaming kerana ia menawarkan prestasi yang cukup pantas pada konsol yang disambungkan kepada TV dan juga konsol mudah alih PC yang kian popular. Dalam ujian yang dilakukan, ia berfungsi dengan baik dan melepasi spesifikasi paling minima storan pada konsol popular.

Isu yang wujud pertama sekali ialah pada harga bermula RM 1,069 untuk 1TB dan RM 2,111 untuk 2TB yang tinggi jika dibandingkan dengan harga storan setanding dengan saiz sama tahun lalu. Krisis RAM menjadikan harga semakin tidak masuk akal. Isu sekunder pula ialah Samsung 990 mempunyai jumlah kita menulis yang lebih rendah berbanding Samsung 990 Evo Plus yang diulas sebelum ini serta jaminan hanya 3 tahun berbanding 5.

Krisis RAM menyebabkan pilihan untuk konsumer semakin berkurangan. Sama ada beli sekarang pada harga tinggi atau beli kemudian pada harga lebih tinggi itupan kalau stok masih ada.

Pro

  • Prestasi pantas.
  • Tiada isu digunakan pada permainan yang memerlukan SSD prestasi tinggi di PS5.
  • Jaminan tiga tahun.

Kontra

  • Ketahanan menulis data lebih rendah berbanding 990 Pro atau 990 Evo Plus.
  • Harga yang semakin mahal.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts