by Oh! Semput
Pelawak terkenal, Lan Pet Pet akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka kepada pelakon Nur Fazura susulan dakwaan melontarkan lawak berunsur ‘double meaning’ yang mencetuskan kecaman netizen di media sosial.
Lan atau Mazlan Ahmad, 57, mengakui tidak menyangka gurauan yang dilemparkan secara spontan itu boleh menimbulkan rasa kurang senang serta menyentuh perasaan aktres berkenaan.

Perkara tersebut dinyatakan Lan menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Ahad.
Menerusi video berkenaan, anggota kumpulan Senario itu turut memohon maaf kepada peminat Fazura dan juga peminat Senario, sambil mengakui dirinya hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Susulan daripada itu, Fazura telah memuat naik satu hantaran di Instagram dengan menerima permohonan maaf daripada ahli kumpulan Senario itu walaupun hati pernah terguris.
Dia juga berharap agar kejadian tersebut menjadi pengajaran buat semua di masa hadapan.

Terdahulu, tular satu potongan klip siaran langsung di TikTok memaparkan seorang peminat bertanyakan mengenai perancangan perkahwinan Fazura.
Pelakon filem dan juga usahawan terkenal itu menjelaskan bahawa buat masa ini dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal jodoh.

Artikel lain: Buat lawak tak senonoh terhadap Fazura, netizen gesa kontrak Lan Pet Pet dihentikan
Walau bagaimanapun, soalan tersebut menarik perhatian Lan yang kemudian memberikan jawapan berunsur ‘double meaning’, sekali gus mencetuskan perbincangan dan kritikan dalam kalangan netizen yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak sensitif.
Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika Lan dan Fazura menghadiri sesi perjumpaan bersama peminat sempena pelancaran sebuah jenama pakaian.
: Instagram lanpetpet