“Saya Tak Untung Pun Buat Macam Tu” – Khairul Aming Jawab ‘Complaint’ Isu Bayi Dikira Jumlah ‘Pax’ Oleh Pelanggan

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 22 Jun 2026 06:32:44

Pemilik restoran Rembayung, Khairul Aming tampil memberi penjelasan berhubung SOP premisnya yang mengambil kira bayi sebagai sebahagian daripada jumlah pelanggan atau pax.

Penjelasan itu dibuat selepas tular hantaran seorang pelanggan di media sosial yang mempersoalkan tindakan pihak restoran berkenaan baru-baru ini.

Advertisement

Menerusi video yang dimuat naik, Khairul Aming menegaskan SOP tersebut diwujudkan demi menjaga keselamatan bayi dan kanak-kanak, bukan untuk mengaut keuntungan.

“SOP ini saya wujudkan sebab nak protect keselamatan bayi dan kanak-kanak. Saya tak untung buat SOP ni, malah makin rugi sebab babies tak makan pun nasi. Tapi saya buat ni sebab nak protect keselamatan mereka. Bila ada seribu orang sehari, macam-macam benda boleh terjadi kat restoran,” katanya dalam video tersebut.

Menurut Khairul Aming, restoran itu menerima sekitar 1,000 pelanggan setiap hari, sekali gus menjadikan kawasan laluan antara meja agak sibuk dengan pergerakan pekerja yang membawa hidangan panas serta minuman dalam gelas kaca.

Jelasnya, apabila bayi dimasukkan dalam kiraan pax, pihak restoran dapat menyusun meja dengan lebih teratur termasuk menyediakan ruang untuk stroller atau baby chair tanpa menghalang laluan utama.

Khairul Aming turut berkongsi rakaman CCTV bagi menunjukkan keadaan sebenar ruang restoran dan risiko yang boleh berlaku sekiranya susun atur tidak dikawal.

Dalam masa sama, beliau berkata pihak restoran sebelum ini pernah memberi kelonggaran, namun tindakan itu menimbulkan salah faham lain apabila ada pihak mendakwa restoran mengabaikan kebajikan bayi pelanggan.

Susulan itu, SOP tersebut dikekalkan bagi memastikan keselamatan semua pelanggan terutama bayi dan kanak-kanak kecil sentiasa diberi keutamaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

space dollah
2026-06-22 11:03:55

"Saya Fikir Saya Akan Mati, Terus Mengucap Waktu Itu" - Abang Syed Saddiq Kongsi Momen Hampir Lemas Di Bali

“Saya Tak Untung Pun Buat Macam Tu” – Khairul Aming Jawab ‘Complaint’ Isu Bayi Dikira Jumlah ‘Pax’ Oleh Pelanggan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts