by Oh! Semput
Belum reda isu pergaduhan antara Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astilla, kini tersebar pula satu rakaman video CCTV yang menunjukkan susuk tubuh seorang lelaki dan wanita berpegangan tangan. Menurut komentar dari netizen, ramai yang mendakwa lelaki dan wanita tersebut adalah Aliff Aziz dan Afifah Nasir. Namun ia tidak dapat dipastikan kerana kualiti CCTV yang kurang memberangsangkan.