VIDEO: Gergasi Australia Perth Glory Dimalukan Pasukan Kerdil Dengan Jaringan Cantik Ini

by Oh! Semput


8
SHARES
98
VIEWS
Posted on 01 Aug 2017 23:00:34

Kita semua suka akan kejutan bukan dalam saingan piala?

Kejutan di mana pasukan kerdil menumbangkan pasukan utama di laman sendiri di hadapan ratusan penyokong yang membanjiri stadium yang hanya berkapasiti rendah.

Itulah yang berlaku di Australia, apabila kelab utama di sana Perth Glory dimalukan oleh pasukan kerdil – Heidelberg United.

Heidelberg United merupakan kelab yang dimainkan oleh para pemain separuh masa sahaja dan mereka berjaya menyingkirkan Perth Glory dalam saingan piala.

Mereka menyingkirkan kelab tersebut dengan penuh bergaya menerusi satu penyudah yang cukup cantik ke bucu atas kanan pintu gol!

Ingat ya, bila nak singkirkan pasukan besar – lakukannya dengan bergaya!

VIDEO: Gergasi Australia Perth Glory Dimalukan Pasukan Kerdil Dengan Jaringan Cantik Ini Semuanya BOLA.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts