KOTA BHARU – Cubaan empat lelaki untuk memecah masuh sebuah rumah di sebuah taman perumahan di sini gagal apabila kegiatan mereka disedari pemilik rumah.
Dalam kejadian pada Selasa kira-kira jam 11 pagi itu, suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Viva itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perumah berkenaan.
Menerusi rakaman, dua suspek pada mulanya dilihat cuba memotong kunci mangga pintu pagar utama dengan menggunakan pemotong besi, namun tidak berjaya.
Lantas membuatkan kedua lelaki itu memanjat pagar berkenaan sebelum diikuti oleh seorang lagi penyamun.
Namun ‘tuah’ mereka tidak berpanjangan apabila kegiatan mereka disedari pemilik rumah yang terus bergegas menuju ke rumahnya.
Pemilik rumah terbabit yang memandu Perodua Myvi berwarna kuning cuba menghalang kenderaan penjenayah namun terpaksa beredar ekoran diancam suspek.
Perkongsian rakaman video itu mendapat perhatian daripada netizen yang terkejut melihatkan tindakan penjenayah yang selamba memecah masuk di waktu siang hari.
Seorang netizen turut berkongsikan informasi mengenai kumpulan individu ini yang dikatakan sering memecah masuk rumah di beberapa kawasan perumahan di kawasan itu.
Menurutnya, nombor plat yang digunakan penjenayah itu, ‘DCA 3321’ merupakan nombor pendaftaran kenderaan rakan sepejabatnya.
“Nombor plat kereta kawan saing seopis tu, memang kerja gila punya penjenayah. Kalau trace nombor plat DCA 3321 pun tak keluar kereta Viva,” katanya.
Difahamkan, kejadian telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan polis kini telah membuka kertas siasatan. - MYNEWSHUB.CC
Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Johor memerlukan pimpinan dan wakil rakyat yang bijak menilai keutamaan, berani membuat keputusan serta benar-benar memahami denyut nadi rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor dilihat menjadi pemangkin utama kepada pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri itu, kata Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming.Kerajaan MADANI berada di landasan yang tepatDalam sa
Seorang kru bot maut, manakala tiga peserta aktiviti mencandat sotong cedera selepas sebuah bot yang membawa 12 individu karam kira-kira sembilan batu nautika dari Dataran Kuala Nerus pada malam tadi.Dalam kejadian sekitar jam 9 malam itu, mangsa yang te
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin di Gunung Batu Putih, Tapah sebelum ini berdepan cabaran luar biasa apabila pasukan penyelamat disifatkan seperti sedang main aci dengan mangsa.Pegawai Bomba Kanan I, Muhammad Izham
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kebanyakan cadangan yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia telah pun dilaksanakan oleh kerajaan n
Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) menyifatkan pelancaran Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional sebagai satu detik bersejarah yang bakal mengubah landskap industri teksi negara, sekali gus memberi nafas baharu kepada pemandu pengangkutan awam.800 pemandu
Polis mengesahkan pemandu warga emas yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan sebuah Perodua Kancil di Parit Sempadan, Semerah, bukan memandu di bawah pengaruh alkohol, sebaliknya dipercayai mengalami masalah kesihatan ketika kejadian.Ketua Polis
Polis mengesahkan pemandu Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, mempunyai rekod menerima rawatan psikiatrik di Hospital Kluang, susulan insiden yang tular di media sosial sejak semalam
Sony dilaporkan telah lama bersedia untuk mengurangkan pergantungan kepada cakera fizikal apabila kilang miliknya yang menghasilkan cakera PlayStation kini sedang beralih kepada pengeluaran mikrolensa optik.Menurut laporan The Verge yang memetik sumber O
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengimbau detik beliau dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan sambil menyifatkan pelantikan itu sebagai ketentuan Allah yang membuka peluang untuk beliau menangani pelbagai isu