(VIDEO) Lelaki Temui Ulat Sampah Dalam Ayam Goreng Yang Didakwa Dimasak 3 Hari Lalu

by Oh! Semput


24
SHARES
313
VIEWS
Posted on 03 Aug 2017 10:00:36


Baru-baru ini heboh di media sosial tentang seorang wanita Cina yang menemui sejenis ulat yang terdapat dalam ayam goreng yang dibeli dari sebuah restoran mamak di Kuantan.

Terbaru, seorang lelaki turut menjumpai benda yang sama dan dipercayai makanan yang mempunyai ulat sampah itu dari sebuah restoran mamak juga, namun lelaki terbabit tidak pula menyatakan di mana kejadian itu berlaku.

Lelaki berkenaan mendakwa dia menemui sejenis ulat sampah yang terdapat dalam ayam goreng sewaktu sedang menjamah hidang di sebuah restoran mamak. Akibat geram dengan penemuan itu, lelaki berkenaan terus memanggil seorang pekerja restoran terbabit dan mempertikaikan tentang ulat sampah tersebut.

Di bawah ini adalah rakaman video yang telah dirakamkan berkaitan dengan penemuan sejenis ulat sampah yang terdapat dalam ayam goreng;


Apa yang berlaku dikatakan telah menyebabkan ramai pengusaha kedai mamak tidak berpuas hati memandangkan perkara yang sama tetap terjadi dan keadaan ini pastinya akan menganggu perniagaan mereka.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika sedang makan walau di mana sahaja, bukan kedai mamak saja yang akan berlaku perkara sebegini. Tepuk dada, tanya selera nak makan kat mana. - www.koleksiviral.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts