(Video) Pelik Tapi Benar, Band Jepun Sajikan Penonton Dengan Persembahan Selama 8 Saat Sahaja

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 11 Jul 2017 19:00:02

Sebuah band Jepun yang dikenali sebagai Golden Bomber mengejutkan peminat dengan salah satu konsert paling aneh pernah dibuat - konsert yang cuma berdurasi 8 saat - dalam lagu yang dipanggil '8 Second Encouter'.

Pada 29 Jun lalu, peminat Golden Bomber mula memenuhi pasaraya Ikebukuro Sunshine City di Tokyo sehinggakan ada yang sanggup menunggu enam jam awal untuk memastikan mereka dapat duduk di bahagian berdekatan dengan pentas - yang mana boleh disifatkan sangat tak masuk akal kerana persembahan itu cuma berdurasi selama 8 saat.

Pada permulaan persembahan itu, keempat-empat ahli kumpulan Golden Bomber berlari ke atas pentas, mengambil alat muzik masing-masin dan memainkan sebuah lagu dalam persembahan 8 saat itu.

Persembahan pendek percuma itu disambut dengan sorakan padu dari penonton.


Hmm, marketing yang bijak??

Menurut Rocket News 24, peminat mula bersorak lebih kuat apabila persembahan itu tamat.

Merasa tersentuh dengan sorakan yang diberikan, penyanyi utama Sho Kiryuin keluar semula ke pentas dan berterima kasih kepada penonton. Ketika ini, peminat meminta agar kumpulan itu memainkan lagu penutup, jadi mereka dengan berbesar hati memainkan lagu hit mreka, 'Memeshikute'.

"Terima kasih kerana datang untuk melihat kami selama 8 saat," kata Kiryuin sebelum memulakan Memeshikute.

: RocketNews 24

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts