Video Pendek : Dengan Bantuan Teknologi, Pembuat Wau ini Tersenyum Lebar Selepas Mimpinya Jadi Kenyataan

by Oh! Semput


HOME Posted on 03 Sep 2016 18:00:03



Apa angan-angan anda ketika kecil? Adakah ia sudah menjadi kenyataan hari ini?

Maxis menerusi satu filem pendek berkongsi satu detik emas seorang pembuat wau yang begitu terharu apabila dapat melihat sendiri apa yang pernah dimimpikan selama ini, iaitu melihat sendiri apa yang 'dilihat' oleh waunya ketika berada di langit.

Dengan bantuan teknologi virtual realiti (VR) dan drone, impian Pak Shafie, yang sudah 48 tahun berkecimpung dalam bidang pembuatan wau, berjaya menjadi kenyataan.

"Masa kecil, angan-angan pakcik untuk terbang, duduk dalam awan. Pakcik mimpi jadi wau dilangit. Menari dalam awan.

"Bila pakcik nampak apa yang wau pakcik nampak, pak cik berasa lega dengan diri. Hari ini penting untuk pakcik. Kini mimpi pakcik bukan hanya sekadar mimpi.", kata Pak Shafie selepas merasai sendiri bagaimana rasanya 'menjadi wau'.

Kegembiraan Pak Shafie dapat dilihat apabila dia tersenyum lebar ketika memakai kanta VR. Lenggok badan Pak Shafie jelas memaparkan betapa dia menikmati saat ketika 'berada di langit' seperti waunya.

Tonton video ini :

Siakap Keli News

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...