SEORANG netizen yang menggunakan nama Chiang Mai Elephant di laman Facebook, berkongsi satu rakaman video seram mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket yang didakwanya ‘berhantu’.
Biarpun pihak berkuasa tampil menafikannya, tetapi rata-rata netizen tetap percaya apa yang dilihat itu adalah entiti sebenar.
Menerusi video berdurasi kurang dari 10 saat itu, kelihatan beberapa individu yang terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa berjalan melalui jejantas udara (aero bridge) di lapangan terbang itu.
Namun apa yang ‘pelik bin ajaibnya’, jejantas tersebut sebenarnya tidak disambungkan dengan mana-mana pintu kapal terbang.
Lantas netizen di media sosial mula berasa seram sejuk sehingga ada yang mengatakan lapangan terbang itu telah dimasuki roh jahat.
“Ya Tuhanku, mereka bergerak secara terbang dan kaki pun tak bergerak,” tulis seorang netizen.
Bagaimanapun menurut pihak berkuasa, video tersebut dirakam oleh ketua juruterbang dan menjelaskan fenomena tersebut terjadi akibat pantulan cermin.
Namun, kebanyakan netizen tetap berpendapat biarpun disebabkan pantulan cermin namun ianya agak mustahil kerana jelas kelihatan ia seperti orang sedang berjalan dalam keadaan terapung. – MYNEWSHUB.CC
Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Johor memerlukan pimpinan dan wakil rakyat yang bijak menilai keutamaan, berani membuat keputusan serta benar-benar memahami denyut nadi rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor dilihat menjadi pemangkin utama kepada pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri itu, kata Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming.Kerajaan MADANI berada di landasan yang tepatDalam sa
Seorang kru bot maut, manakala tiga peserta aktiviti mencandat sotong cedera selepas sebuah bot yang membawa 12 individu karam kira-kira sembilan batu nautika dari Dataran Kuala Nerus pada malam tadi.Dalam kejadian sekitar jam 9 malam itu, mangsa yang te
Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) menyifatkan pelancaran Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional sebagai satu detik bersejarah yang bakal mengubah landskap industri teksi negara, sekali gus memberi nafas baharu kepada pemandu pengangkutan awam.800 pemandu
Polis mengesahkan pemandu Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, mempunyai rekod menerima rawatan psikiatrik di Hospital Kluang, susulan insiden yang tular di media sosial sejak semalam
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kebanyakan cadangan yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia telah pun dilaksanakan oleh kerajaan n
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin di Gunung Batu Putih, Tapah sebelum ini berdepan cabaran luar biasa apabila pasukan penyelamat disifatkan seperti sedang main aci dengan mangsa.Pegawai Bomba Kanan I, Muhammad Izham
Perjalanan dua remaja lelaki berakhir dengan tragedi apabila motosikal yang mereka tunggang merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11, Jalan Lakai-Simpang Durian, awal pagi Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu
Polis mengesahkan pemandu warga emas yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan sebuah Perodua Kancil di Parit Sempadan, Semerah, bukan memandu di bawah pengaruh alkohol, sebaliknya dipercayai mengalami masalah kesihatan ketika kejadian.Ketua Polis
Sony dilaporkan telah lama bersedia untuk mengurangkan pergantungan kepada cakera fizikal apabila kilang miliknya yang menghasilkan cakera PlayStation kini sedang beralih kepada pengeluaran mikrolensa optik.Menurut laporan The Verge yang memetik sumber O