Walaupun Atok Ni Berbongkok Hampir 90 Darjah Tapi Beliau Tetap Habiskan 20 Rakaat Solat Tarawikh Dalam Keadaan Berdiri Semangat Yang Memberi Inspirasi Kepada Kita Semua

by Oh! Semput


8
SHARES
110
VIEWS
Posted on 18 Jun 2017 02:00:54

Walaupun Atok Ni Berbongkok Hampir 90 Darjah Tapi Beliau Tetap Habiskan 20 Rakaat Solat Tarawikh Dalam Keadaan Berdiri Semangat Yang Memberi Inspirasi Kepada Kita Semua

1%2Bcopy.jpg

Dua keping gambar menyentuh perasaan tetapi berinspirasi yang memaparkan seorang warga emas menunaikan sembahyang Tarawih dalam keadaan berdiri biarpun badannya sudah berbongkok hampir 90 darjah.

Gambar yang dirakamkan di Masjid As-Syakirin di Singpura itu dimuaturun dan dikongsi oleh pengguna Twitter, Fatin Afika yang berkata foto itu dikongsikan oleh bapanya.

“Ayah berkongsi dengan kami tentang atok ini yang dia nampak di masjid. Biarpun keadaannya begini, dia berjaya habiskan 20 rakaat tanpa gagal.” beritahu Fatin.

1.jpg

Kata Fatin, dia sangat terinspirasi dengan semangat atok ini dan dalam masa yang sama berkata dia berasa bersalah kerana hanya melakukan lapan rakaat sahaja biarpun muda dan sihat.

“Semoga Allah memberikan saya semangat untuk melakukan banyak lagi lebih-lebih lagi ketika 10 malam terakhir Ramadan ini.” tulis Fatin.

Gambar tersebut mendapat perhatian netizen seterusnya menjadi viral di media sosial.

Dalam pada itu, ada juga yang bertanya mengapa jemaah tidak memberikan kerusi untuk atok itu supaya boleh menunaikan solat dalam keadaan duduk.

2.jpg

Fatin menjawab: “Sudah diberi. Ayah saya juga ada menawarkan (kerusi) kepadanya. Tapi dia tidak mahu.”



Atok, semangat yang atok tunjukkan ini patut dijadikan inspirasi kepada orang muda lain dan sangat menginsafkan.


Kredit: Siakap Keli

: penmerahpress

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts