Wanita Ini Meminta Mas Kahwin Kain Kafan, Jawapan Yang Diberikan Amat Menyentuh Hati, Sedih, Sayu & Pilu

by Oh! Semput


5
SHARES
68
VIEWS
Posted on 14 Apr 2017 08:00:24


Mas Kahwin atau Mahar adalah hak seorang perempuan kepada lelaki iaitu seorang suaminya. Inilah keistimewaan seorang perempuan yang telah termaktub di dalam Islam yang wajib diminta oleh bakal pengantin perempuan terhadap calon suami yang harus diturutinya.

Sekiranya sesebuah perkahwinan dan pernikahan itu tidak mempunya mas kahwin seperti yang telah ditetapkan, maka pernikahan itu tidak sah sama sekali. Namun apa yang istimewanya adalah pasangan pengantin ini hanya meminta kain kafan sebagai mas kahwinnya. 


Sekaligus jadi viral di media sosial dan telah menyentuh hati netizen yang rata-rata menyatakan ini adalah satu kejutan dan sesuatu yang mengusik hati dan perasaan.

Pengantin perempuan bernama Aryati, menyatakan beliau memilih kain kafan sebagai mas kahwin kerana apabila dia meninggal nanti, dia mahu kain kafan daripada suaminya itu yang akan membungkus dan menemani beliau ke akhirat. 



Aryati kini secara rasminya menjadi isteri kepada suaminya yang dikenali sebagai Indra.

Berikutnya adalah gambar-gambar di sekitar pernikahan Aryati dan Indra yang telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun facebook yang dikenali sebagai Arya Saunjaya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts