Wanita Terjun Sungai Untuk Bunuh Diri Tapi Gagal Akibat Berbadan Gemuk

by Oh! Semput


7
SHARES
85
VIEWS
Posted on 06 Mar 2017 02:00:21


Percaya tak, ketika dalam keadaan yang merbahayakan, "bersaiz badan gemuk" boleh menyelamatkan diri anda?

Menurut laporan berita QQ.com, baru-baru ini seorang wanita yang berasal dari Sichuan, China, cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai yang berhampiran bandar Zhongshan di Guangdong. 

Bagaimanapun wanita tersebut tidak tenggelam sebaliknya terapung dan terus dihanyut ke arah hilir sungai. Mujurnya, pada ketika itu, ada nelayan ternampak dan segera menyelamatkannya dengan menggunakan galah buluh. 

Disebabkan saiz badannya yang gemuk, anggota bomba yang tiba di lokasi terpaksa menggunakan tangga bomba dua tingkat, barulah berjaya mengangkatnya naik ke atas tembok sungai, kemudian dihantar ke hospital dengan kereta ambulan. 

Media tempatan melaporkan, wanita tersebut boleh terselamat adalah kerana dirinya terlalu gemuk, dan berjaya mengapungkan dirinya di atas permukaan air.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts