by Oh! Semput

“Kaum wanita tolong hati-hati bila basuh pakaian dalam di dobi layan diri” – Gelagat pelik pakcik baju merah ini sangat menakutkan
Kebiasaannya, setiap kali membasuh baju di dobi segera, kebanyakan dari kita akan meninggalkan pakaian itu selesai dibasuh dan dikeringkan di premis itu bagi menjimatkan masa.
Setakat baju tu, kalau hilang apa la sangat kan? Lagipun premis dobi segera biasanya berada di tempat terbuka, jadi risiko untuk menjadi tempat kegiatan jenayah tu kurang la sikit.
Namun, lain pula pengalaman yang dialami oleh seorang pengguna servis itu yang dikenali sebagai Izzati yang mengatakan dia menyaksikan sendiri bagaimana seorang pakcik melakukan perkara tidak senonoh di satu kedai dobi segera.
Menceritakan terperinci kejadian itu, Izati menasihati kepada orang ramai, lebih-lebih lagi kaum wanita supaya lebih berhati-hati.
Perempuan sila baca! Harini aku tergerak hari nak basuh baju kat dobi. Aku sampai je dobi pakcik baju merah tu dah ada duduk kat kerusi sambil baca surat khabar.
Masa tu aku tak syak apa apa sebabnya aku fikirkan dia basuh baju je