by Oh! Semput
1. Tindakan Kerajaan Korea Utara mengheret 11 rakyat Malaysia sebagai ‘tebusan’ setelah menuduh kerajaan Malaysia berkonspirasi dengan kuasa asing dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam adalah tindakan yang amat melampau dan jijik.
2. Tindakan tersebut adalah tidak berperikemanusiaan dan melanggar batasan hak asasi manusia serta rukun-rukun diplomasi antarabangsa.
3. Tindakan kebudak-budakkan Korea Utara itu jelas dibuat bagi membuli dan menekan kepimpinan kerajaan dan rakyat Malaysia, yang mungkin dianggap lemah dari mereka.
4. WeMalaysia ingin mengingatkan regim pimpinan Kim Jong Un bahawa negara ini adalah negara yang merdeka dan berdaulat, dan 30 juta rakyat Malaysia sanggup bermandi darah demi mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta ini.
5. Justeru, WeMalaysia, mewakili ratusan ribu rakyat dan pelajar Malaysia di luar negara, menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bangkit bersolidariti dengan 11 rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara. tunjukkan protes anda kepada kerajaan Korea Utara secara terbuka termasuk di dalam kempen media sosial.
6. WeMalaysia juga menyokong penuh tindakan balas pihak kerajaan dalam menangani isu ini berlandaskan undang-undang antarabangsa. ketegasan YAB Perdana Menteri dan kerajaan membuktikan bahawa negara ini tidak gentar dan tidak mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana kuasa asing
7. Bersama, Demi Malaysia!
Sekretariat WeMalaysia
Kuala Lumpur.