Xiaomi HyperOS 4 Diumumkan Dengan Elemen Kaca Lutsinar

by Oh! Semput


4
SHARES
53
VIEWS
Posted on 14 Aug 2026 17:01:08

Xioami secara rasmi mengumumkan sistem operasi terkini HyperOS 4 yang berasaskan Android 17. Perbezaan paling ketara pada antaramuka ialah elemen kini seakan kaca lutsinar lengkap dengan pantulan cahaya yang realistik. Jelas HyperOS 4 mengambil inspirasi daripada Liquid Glass iOS 26.

Selain elemen seakan kaca, tumpuan diberikan kepada prestasi yang lebih baik. Menurut Xiaomi kelajuan membuka aplikasi dipertingkatkan 18% berbanding HyperOS 3. dipra-muat ke dalam RAM menggunakan AI bagi memberikan masa tindak balas aplikasi lebih responsif. Turut ditambah baik ialah masa diambil untuk memproses gamnar, melancarkan kamera dan mengurangkan jumlah bingkai animasi yang hilang.

Saiz folder pada skrin juga boleh diubah mengikut kehendak pengguna seperti yang boleh dilihat pada HarmonyOS. Widget boleh disusun bertingkat bagi mengurangkan penggunaan ruang pada skrin. Skrin kunci turut boleh diperibadikan dengan lebih baik. Elemen seperti jam kini responsif dengan saiz yang dipilih pengguna dan gambar latar yang digunakan.

Prestasi XiaoAI turut ditambah baik dengan kemampuan melakukan rumusan dokumen, menghasilkan dokumen, merancang perjalanan pengguna berdasarkan dokumen yang diberikan, mencari produk dan banyak lagi. XiaoAI menggunakan model Xiaomi MiMo baharu untuk menyokong kesemua ciri yang mirip Gemini Intelligence.

Ujian Beta untuk HyperOS 4 dimulakan hari ini pada siri Xiaomi 17 Ultra, 17 Pro Max, Redmi K90 Pro Max, dan Pad 8 Pro sebelum diberikan pada peranti lain paa 27 Ogos serta 17 September secara berperingkat.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts