Yasin Sulaiman Tarik Balik Dakwaan Mengenai Penjara, Mohon Maaf Kepada Jabatan Penjara

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 21 Sep 2026 13:30:42

Penyanyi Yasin Sulaiman menarik balik kenyataan terdahulu mengenai pengalamannya ketika berada di dalam penjara selepas mengambil maklum penjelasan daripada Jabatan Penjara Malaysia.

Menurut Yasin, perkongsian berkenaan dibuat berdasarkan apa yang dialami serta difahaminya pada ketika itu.

Advertisement

Bagaimanapun, dia berkata episod bipolar mania yang dialaminya mungkin mempengaruhi cara dirinya mentafsir situasi dan perkara yang berlaku di sekeliling.

Yasin dalam masa sama memohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia termasuk para pegawai dan anggota institusi berkenaan susulan kekeliruan yang timbul.

Dia turut menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak dibuat dengan niat untuk mencemarkan nama baik Jabatan Penjara Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

f
2026-09-21 15:19:42

Jabatan Penjara Nafikan Sekerasnya Dakwaan Yasin Sulaiman, Dad*h Mudah Diperoleh Di 'Jail'

Yasin Sulaiman Tarik Balik Dakwaan Mengenai Penjara, Mohon Maaf Kepada Jabatan Penjara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts