TPM Zahid seru perbanyak majlis ilmu jelang Ramadan, seimbangkan dunia & akhirat

by Oh! Semput


11
SHARES
144
VIEWS
Posted on 01 Feb 2026 14:04:31

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar lebih banyak majlis ilmu dianjurkan khususnya menjelang bulan Ramadan.

alt

Saran lebih banyak majlis ilmu

Memetik laporan daripada Berita RTM, langkah tersebut bagi memastikan umat Islam tidak terlalu fokus kepada urusan dunia sehingga mengabaikan kehidupan akhirat.

“Kita tahu harus ada keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi dalam soal ibadah. Ibadah itu sering dihubung kaitkan dengan perkara yang dekat dengan dakwah.
“Mungkin kita seorang ahli politik, ahli perniagaan dan ahli profesional namun paling penting keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi.
“Apa yang kita perlukan hasanah fi dunnya wal hasanah fil akhirah (kebaikan di dunia dan kebaikan juga di akhirat nanti)” katanya ketika berucap pada majlis ilmu ‘Doa Dari Hati’ 3.0 yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara.

alt

Saran perbanyak majlis ilmu jelang Ramadan

Beliau turut menekankan kepentingan umat Islam untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira latar belakang, selain menyifatkan ilmu sebagai sesuatu yang tiada batas.


“Ilmu ini tiada batas. Sebanyak mana air di lautan, ilmu Allah swt itu lebih dalam dan banyak. Apabila ia tiada batas dan jumlah, maka terjadilah infiniti,” jelas beliau.

alt

Artikel lain: Cita-cita saya mahu lihat lebih ramai juruterbang, usahawan malah PM seorang al-Hafiz – Zahid

Program ‘Doa Dari Hati’ 3.0 turut menampilkan tokoh inspirasi dari Malaysia dan Indonesia antaranya Ustaz Muhammad Assad dan Ustazah Oki Setiana Dewi, dengan pengisian tiga sesi perkongsian yang mengupas kekuatan doa sebagai penawar jiwa.

: Berita RTM

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts