Zarul Tidak Kesal Lepas Jawatan Pramugara

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 17 Apr 2017 11:00:38

zarul
Cover image via Berita Harian

Biar sesekali perasaan rindu terhadap kerjaya membelah awan di langit biru menggamit jiwa, Zarul tidak pernah menyesali keputusan meletak jawatan sebagai pramugara.

Pemilik nama penuh, Zairulkefli Husin, 43, itu berkata, bukan mudah melupakan tugas yang disandang hampir dua dekad, apatah lagi kerjaya itu mengajar dirinya lebih memahami kehidupan.

“Lumrah selepas 17 tahun berkecimpung melaksanakan tanggungjawab, mustahil perasaan rindu tidak pernah hadir.

Tambahan pula saya bekerja sebagai pramugara untuk tempoh lama. “Saya merindui suasana terbang ke luar negara terutama London yang sering saya kunjungi ketika berkhidmat.

Boleh dikatakan hampir sebulan sekali saya singgah ke London. “Walau apa pun, saya tidak pernah menyesal membuat keputusan ini kerana kerjaya nyanyian menjadi minat sejak dulu. Bagi saya setiap pekerjaan mempunyai kelebihan tersendiri,” katanya kepada BH Online.

Zarul melepaskan jawatan sebagai pramugara bersama Malaysia Airlines (MAS) pada Disember tahun lalu selepas meraih tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian, Gegar Vaganza musim ketiga.

Sebelum itu, beliau mengambil cuti tanpa gaji kira-kira tiga bulan bagi membolehkannya menyertai program realiti terbabit.

Bercerita mengenai kerjaya seni, Zarul yang mengakui semakin selesa terjun ke arena lakonan memaklumkan drama pertama lakonannya berjudul Cik Serba Tahu kini disiarkan menerusi saluran Astro Ria.

“Syukur, percubaan sulung sebagai pelakon mendapat sambutan memberangsangkan. Secara tidak langsung kehadiran saya sebagai pelakon turut mendapat perhatian peminat baharu.

“Saya juga dipilih sebagai hero bagi telefilem berjudul Misteri Sofa Lama yang bakal ditayangkan pada 22 April ini di Astro Citra,” katanya lagi yang terharu apabila turut menjadi pilihan penerbit memeriahkan program untuk siaran televisyen sepanjang Syawal nanti.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts