Mia Ahmad Akui Sudah Sedia Kahwin Pemain JDT

by Oh! Semput


8
SHARES
107
VIEWS
Posted on 19 Oct 2016 12:00:02

Pelakon Mia Ahmad menjelaskan bahawa dia kini sudah bersedia untuk berkahwin dengan penjaga gol pasukan JDT, Izham Tarmizi Roslan.

“Kami sudah berjumpa keluarga dan saya selesa setakat ini, Alhamdulillah,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Anugerah Skrin 2016.

Bagaimanapun, Mia Ahmad masih belum menetapkan tarikh bahagia mereka kerana jadual Izham yang ketat sehingga hujung tahun ini.

“Saya tidak ada masalah tetapi kena ikut jadualnya. Lagipun dia ada perlawanan bola sepak sehingga ke penghujung tahun ini,” ujarnya lagi.

Tambah Mia lagi, dia akan terus diijabkabulkan tanpa melalui proses pertunangan.

“Saya tak suka tunang, terus berkahwin sahajalah,” katanya yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada tahun hadapan. (rtky/h)

1-mia-ahmad-sudah-sedia-kahwin-pemain-jdt-jpeg 2-mia-ahmad-sudah-sedia-kahwin-pemain-jdt-jpeg 3-mia-ahmad-sudah-sedia-kahwin-pemain-jdt-jpeg 5-mia-ahmad-sudah-sedia-kahwin-pemain-jdt-jpeg 6-mia-ahmad-sudah-sedia-kahwin-pemain-jdt-jpeg 7-mia-ahmad-sudah-sedia-kahwin-pemain-jdt-jpeg

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts