by Oh! Semput
Pelakon terkenal, Rita Rudaini tampil berkongsi pandangannya mengenai isu buli yang menurutnya berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk melalui penyalahgunaan pengaruh, jawatan dan kuasa terhadap individu lain.

Menerusi perkongsian di Threads, Rita berpendapat bahawa tindakan menggunakan kedudukan atau kuasa untuk menjatuhkan orang lain juga boleh dianggap sebagai satu bentuk buli yang sering dipandang ringan oleh masyarakat.
Dalam masa sama, Rita turut mengajak masyarakat menilai semula realiti yang berlaku di sekeliling mereka dan bukan sekadar tersentuh dengan kisah buli yang dipaparkan dalam karya hiburan.

Dalam perkembangan sama, Rita turut berkongsi mengenai drama Korea terbaharu yang ditontonnya, Teach You a Lesson, mengangkat isu buli yang berlaku dalam persekitaran sekolah melibatkan pelajar dan guru.
Katanya, ramai penonton mengecam perbuatan buli yang dipaparkan dalam drama tersebut serta berharap kejadian seumpama itu tidak berlaku dalam masyarakat.
Bagaimanapun, Rita mengingatkan bahawa sebelum menuding jari kepada pihak lain, orang ramai perlu menyedari bahawa budaya buli juga boleh berlaku dalam kehidupan sebenar.
Artikel lain: Walaupun saya selebriti, tak pernah guna status untuk dapatkan layanan istimewa – Rita Rudaini
: Threads ritrud727