PM Anwar Ucap Tahniah Harimau Malaya Tewaskan Vietnam

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 05 Oct 2026 15:00:41

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merakamkan ucapan tahniah kepada skuad Harimau Malaya selepas Malaysia menewaskan Vietnam 1-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala FIFA ASEAN 2026 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, hari ini.

Anwar menerusi hantaran di media sosial turut memuji pencapaian skuad negara yang menamatkan saingan kejohanan tanpa kekalahan dan tanpa dibolosi, sekali gus melengkapkan kempen dengan rekod yang membanggakan.

Kemenangan tipis itu menjadi lebih bermakna apabila Malaysia berjaya menamatkan penantian 12 tahun untuk menewaskan Vietnam. Gol tunggal kemenangan Harimau Malaya dijaringkan oleh Fergus Tierney pada minit ke-62.

Perdana Menteri turut menyampaikan penghargaan kepada seluruh pemain dan barisan kejurulatihan atas komitmen, kesungguhan serta semangat juang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan dalam usaha membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.

“Terus melangkah, terus berjuang dan harumkan nama negara,” katanya.

Kejayaan tersebut membolehkan Harimau Malaya menutup kempen Piala FIFA ASEAN 2026 di tempat ketiga dengan rekod tanpa kalah dan tanpa bolos sepanjang kejohanan.

Dalam pada itu, Anwar turut mencetuskan nada berseloroh apabila mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kejayaan berkenaan tidak bermakna esok akan diisytiharkan sebagai cuti umum.

“Tiada cuti umum ya, termasuk buat warga luar yang bekerja di Malaysia. Esok kerja seperti biasa,” katanya secara berseloroh.

Selepas menamatkan saingan di tempat ketiga, skuad Harimau Malaya kini akan memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi cabaran dan tugasan antarabangsa seterusnya.

PM Anwar Ucap Tahniah Harimau Malaya Tewaskan Vietnam first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts