Oppo Bakal Lancar Kamera Gimbal Tidak Lama Lagi – Menyaingi Insta360

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 07 Nov 2026 17:00:48

Oppo kini dilaporkan sedang merancang untuk melancarkan kamera gimbal mereka tersendiri tidak lama lagi, sekaligus menyaingi penawaran seperti Insta360 dan juga DJI Osmo Pocket.

Secara dalaman, projek kamera gimbal ini menggunakan nama kod “Fuyao”. Ia tidak diketahui sama ada Oppo akan menggunakan nama berkenaan untuk penawaran komersil, atau hadir dengan penjenamaan baharu yang berbeza.

Spesifikasi penuh untuknya juga tidak diketahui lagi. Ia akan agak menarik sekiranya Oppo mengintegrasikan penjenamaan Hasselblad seperti pada telefon pintar, terus ke kamera gimbal ini dalam menarik lebih ramai pengguna dan pembeli.

Kehadiran produk ini juga memperlihatkan Oppo sedang melihat kepada penawaran produk gaya hidup berbeza, dan tidak bergantung sepenuhnya kepada telefon pintar semata-mata. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut Oppo berkenaan penawaran kamera gimbal ini kelak.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts