Wakaf Pahang Sasar Penyertaan Kira-Kira 579,500 Tenaga Kerja Muslim Di Negeri Ini Sertai Kempen Potongan Gaji RM5 Sebulan

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 05 Nov 2026 16:30:43

PEKAN: Wakaf Pahang menyasarkan penyertaan kira-kira 579,500 tenaga kerja muslim di negeri berkenaan menerusi Kempen Potongan Gaji Wakaf sebanyak RM5 sebulan bagi memperluas budaya berwakaf dalam kalangan masyarakat.

Penyertaan itu berpotensi menjana kutipan dana mencukupi untuk menyelesaikan 47 projek wakaf sedia ada yang dianggarkan bernilai RM68.4 juta dalam tempoh dua tahun, sekiranya sasaran penyertaan berjaya dicapai.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, Dr. Mohd Azmi Othman berkata, selain kempen potongan gaji, pihaknya turut menggalakkan penyertaan masyarakat menerusi Kempen 1 Keluarga 1 Wakaf, bertujuan menjadikan amalan berwakaf sebagai legasi kebajikan yang berterusan untuk manfaat generasi akan datang.

Menurutnya, dalam tempoh empat tahun sejak 2022, Wakaf Pahang berjaya mengumpul dana berjumlah RM18.4 juta daripada 11,796 pewakaf.

Daripada jumlah itu, sebanyak 17 projek wakaf bernilai RM8.7 juta telah disiapkan dan dimanfaatkan masyarakat, manakala 47 lagi projek bernilai RM68.4 juta sedang dalam perancangan untuk dibangunkan secara berperingkat.

“Semua majikan digalakkan menggalakkan kakitangan masing-masing melaksanakan potongan gaji wakaf serendah RM5 sebulan, sekali gus melayakkan mereka mendapat pengecualian cukai sebanyak 10 peratus di bawah Seksyen 44(11D),” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Wakaf Irsod Negeri Pahang yang disempurnakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di sini.

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyerahan dua wakaf Irsod dan dua sumbangan Tabung Wakaf Masjid dengan nilai keseluruhan RM3.1 juta. #BeritaRTM

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts