by Oh! Semput
Pengguna komputer Windows dinasihatkan supaya memastikan sistem mereka sentiasa dikemas kini kerana PC anda berisiko kehilangan akses kepada perkhidmatan Windows Update mulai 2027.
Ia berikutan sijil keselamatan yang digunakan untuk mengesahkan kemas kini Windows bakal tamat tempoh dalam tempoh tersebut, iaitu pada Mei dan Jun 2027.

Jadi, bagi mengelakkan masalah itu, Microsoft telah mula mengedarkan sijil baharu melalui kemas kini keselamatan Windows kepada peranti yang masih disokong.
Pengguna yang memasang kemas kini terkini secara berkala dijangka menerima sijil tersebut secara automatik tanpa perlu melakukan sebarang tindakan tambahan.
Namun, komputer yang tidak membuat kemas kini berkala atau masih menggunakan versi Windows yang sudah tidak lagi disokong mungkin gagal mendapatkan sijil baharu.
“Selepas tarikh tamat tempoh sijil pada bulan Mei dan Jun 2027, peranti-peranti ini tidak akan dapat mengakses perkhidmatan Windows Update.”
Akibatnya, peranti terbabit tidak lagi dapat berhubung dengan pelayan Windows Update selepas sijil lama tamat tempoh, sekali gus menyebabkan pengguna tidak dapat memuat turun kemas kini keselamatan dan sistem yang baharu.
Justeru, Microsoft mengesyorkan pengguna memasang kemas kini keselamatan terkini mengikut versi Windows masing-masing sebelum tarikh tamat tempoh sijil PC anda pada 2027 bagi memastikan PC anda terus menerima kemas kini keselamatan terbaru dari Microsoft.
{suggest}
PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini WISER.MY.