“Saya bersedia!”-Albert Tei sahut cabaran debat Ketua Pengarah J-Kom

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 13 Jun 2026 07:04:30

Ahli perniagaan, Albert Tei, menyatakan kesediaannya untuk menyahut cabaran debat yang dikemukakan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Mohd Hisyamuddin Ghazali, berhubung dakwaan campur tangan kerajaan dalam isu sekatan kandungan di platform media sosial.

Menurut Tei, beliau tidak menolak untuk menyertai sesi debat tersebut dan kini hanya menunggu pihak J-Kom menetapkan butiran lengkap termasuk tarikh, masa, lokasi serta pihak yang akan bertindak sebagai moderator.

“Saya menerima cabaran itu. Saya ingin tahu di mana tempatnya, siapa hos, pukul berapa dan tarikhnya. Saya bersedia.

alt

“Saya harap beliau tidak menarik diri. Beliau Ketua Pengarah J-Kom, jadi jagalah maruah jawatan itu. Saya akan berjumpa beliau minggu depan,” katanya pada sidang media selepas Himpunan Gegar TikTok di hadapan ibu pejabat TikTok Malaysia di Sunway Velocity V2 Tower, di sini, hari ini.

Tei berkata, perdebatan terbuka itu wajar diadakan bagi memberi ruang kepada kedua-dua pihak menjelaskan pendirian masing-masing berhubung isu yang sedang menjadi perhatian umum, khususnya melibatkan dakwaan sekatan akaun media sosial.

alt

Sebelum ini, Mohd Hisyamuddin dilaporkan telah membuat laporan polis terhadap Tei berhubung beberapa dakwaan termasuk mengganggu ketenteraman serta mengeluarkan tuduhan tidak berasas terhadap Kementerian Komunikasi.

Artikel lain: Lapor polis dakwa difitnah, KP J-KOM terus bersemuka dengan Albert Tei, ajak berdebat

Dalam laporan berkenaan, beliau turut mendakwa tindakan Tei yang hadir ke premis kerajaan dan mengajukan soalan secara langsung sebagai satu bentuk provokasi yang mengganggu urusan rasmi serta menimbulkan keresahan dalam kalangan penjawat awam.

Bagaimanapun, Mohd Hisyamuddin sebelum ini turut menawarkan pentas debat kepada Albert Tei sebagai ruang untuk kedua-dua pihak menjelaskan isu berkenaan secara terbuka selepas insiden sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

: Harian Metro (Nor Azizah Mokhtar)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts