by Oh! Semput
Pelakon berbakat, Puteri Balqis atau biasa disapa Aqish telah menulis di media sosial miliknya seakan ‘menyeru’ bekas pelakon kanak-kanak, Mia Sara Nasuha untuk bertemu dengannya.
Perkara ini susulan tularnya video Mia Sara menangis dihadapan wartawan sewaktu mendedahkan bahawa dirinya kurang mendapat tawaran berlakon yang sesuai dengan usianya sekarang.
Dalam hantaran dibuat Puteri Balqis, dia mendakwa ibunya pernah dimalukan oleh keluarga dan juga kenalan dari pihak Mia Sara suatu ketika dahulu.

Dalam pada masa yang sama, Aqish turut mendakwa pihak mereka pernah cuba ‘memerangkap’ ibunya dan menegaskan bahawa dirinya tidak akan lupa akan kejadian tersebut.
“Beberapa minit lepas hina mak aku dalam Twitter, Melaka Boy DM mak aku, kenakan mak aku dengan ayat nak jumpa, nak bagi aku kerja.

Susulan pendedahan tersebut, individu yang dikenali sebagai Melaka Boy telah meninggalkan komen dan menafikan pernah meninggalkan ciapan tidak baik di media sosial berkenaan Aqish.
Dia juga memohon maaf andai ada kesilapannya diwaktu dahulu jika dia betul melakukan hal seperti didakwa.

Artikel lain: “Saya bukan kanak-kanak, dah dewasa..”- Mia Sara penat, kecewa masih dianggap budak kecil
Terdahulu, Mia Sara telah menangis dihadapan wartawan memaklumkan perjalanan seninya yang ketika ini kurang mendapat tawaran berlakon yang sesuai dengan usianya.
Dia juga mengakui kecewa apabila masih ramai yang menganggapnya budak kecil kerana memulakan lakonan sejak zaman kanak-kanak lagi.
: Instagram morosechild