Bukan Senang Untuk Berjaya, Dhabitah Kongsi Gambar Latihan Keras Yang Dilaluinya Dan Rakan-Rakan

by Oh! Semput


HOME Posted on 30 Aug 2016 22:07:46




Nama Nur Dhabitah Sabri,17, kini semakin mula dikenali ramai selepas beliau telah berjaya ke peringkat akhir dalam acara terjun Olimpik Rio baru-baru ini.

Dalam pertandingan akhir itu beliau telah berjaya menduduki tempat ketujuh dikalangan penerjun terbaik dunia di mana ia adalah memori indah yang tidak dapat dilupakannya.

Namun untuk mencapai tahap ini bukanlah sesuatu yang mudah, beliau melalui laman Facebooknya telah berkongsikan sekeping gambar di mana menunjukkan dia dan rakan-rakan penerjun yang lain perlu melalui latihan keras untuk mengejar sesuatu kejuaraan.


“Macam inilah bagaimana pasukan terjun Malaysia berlatih. Seperti yang saya katakan sebelum ini, sangat sukar untuk berlatih dan menjadi atlet bertaraf dunia. Kerana itu, saya sangat menghargai segala sokongan dan galakan yang telah diberi anda. Tolong jangan berhenti memberi sokongan dan tolong jangan mula membenci saya. Saya mencuba sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik.” tulisnya di laman Facebook bersama gambar berkenaan.

Gambar berkenaan menunjukkan tubuh mereka akan ditindih dan kaki perlu dikangkang luas bagi mendapatkan aksi terjunan terbaik.- Siakapkeli.my

Siakap Keli News

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News