by Oh! Semput
GTA VI atau Grand Theft Auto 6 merupakan permainan video yang dinantikan ramai pemain seluruh dunia, dan akan dilancarkan secara rasminya pada 19 November 2026. Di Malaysia, untuk pengguna PlayStation 5, ia ditawarkan pada harga RM339 untuk versi biasa.
Namun, menariknya untuk pelanggan CelcomDigi, kini pihak CelcomDigi turut menjual GTA VI melalui kedai atas-talian mereka, pada harga eksklusif RM299. Ini sekaligus membiolehkan pelanggan CelcomDigi lebih berjimat apabila mendapatkan permainan video terbaru ini.

Permainan ini akan ditawarkan dalam bentuk kotak fizikal, yang menyertakan kod muat-turun dan bukannya pemacu fizikal. Pemain juga perlu mempunyai akaun PlayStation Network di rantau Malaysia untuk menikmati tawaran ini. Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan GTA 6 ini melalui kedai atas-talian CelcomDigi hari ini.
Disamping tawaran ini, CelcomDigi turut akan menawarkan permainan GTA VI secara percuma untuk pembelian PlayStation 5 dibawah skim Easy 360 bermula 19 November kelak. Tidak setakat itu, CelcomDigi juga akan menawarkan berkas permainan PlayStation 5 Disc Console (Slim) bersama GTA VI pada harga RM2999 bermula 19 November 2026 kelak.