12.12 Shopee Voucher

“Mana Ada Saya Ceraikan Adira”

by Oh! Semput


HOME Posted on 30 Aug 2016 22:39:02



Baru-baru ini kecoh apabila gambar Ruhainies sedang memilih barang kemas tersebar dan dikatakan sedang merancang untuk berkahwin dengan Datuk Seri Adnan Abu. Walaupun Ruhainis menepis dakwaan itu, tetapi kini timbul pula spekulasi mengatakan Datuk Red sebenarnya telah menceraikan isteri keduanya, Adira untuk berkahwin dengan Ruhainies.

BACA: Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Datuk Red

Screen Shot 2016-08-30 at 11.36.58 AM

“Lawak betul, saya sayangkan Adira dan dia pun sedang mengandungkan anak saya, macam mana gosip keluar kami bercerai pula, sibuk betul orang bercakap tentang saya ya. Saya tidak akan buang isteri-isteri saya, tapi kalau tambah saya mahulah,” katanya kepada m Star Online mengenai dakwaan mengatakan beliau menceraikan Adira untuk berkahwin lain.

Selain menafikan gosip mengatakan beliau mengambil keputusan untuk menceraikan Adira dan berkahwin dengan Ruhainies, ketika ditanya mengenai kehadiran Ruhainis di kedai barang kemas tempoh hari pula, Datuk Red memilih untuk berdiam diri dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, malah beliau meminta untuk bertanya kepada Ruhainies sendiri.

Dalam masa yang sama Datuk Red turut bercerita mengenai perkembangan Adira yang kini sedang hamil. Menurutnya, Adira dalam keadaan sihat selain sibuk dengan persiapan untuk persembahan di Festival Filem Malaysia 28 tidak lama lagi. Beliau pula kini sedang sibuk mencari nama yang sesuai untuk bayi itu walaupun masih belum mengetahui jantinanya.

Terdahulu, Ruhainies telah memuat naik sekeping gambar menunjukkan beliau sedang memilih barang kemas. Namun disebalik gambar tersebut, terpalit pula nama Datuk Red. Namun Ruhainies tampil menjelaskan bahawa beliau hanya memenuhi undangan bagi pihak tersebut sempena majlis sambutan Hari Kebangsaan, dan ianya tiada kaitan dengan Datuk Red. (rkty/w)

12.12 Birthday Sale 2020

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News