by Oh! Semput
Trip.com merupakan salah satu penyedia perkhidmatan tempahan percutian – meliputi penerbangan dan hotel. Mereka mempunyai sejumlah jenama dibawah mereka, termasuk Ctrip, Skyscanner, Qunar, dan beberapa yang lain.

Hari ini, pihak berkuasa China telah mengenakan saman sebanyak $770 juta terhadap Trip.com Group, atas kesalahan menggunakan kedudukan utama dalam pasaran tempahan hotel domestik, dan mendapatkan harga khusus untuk platform tersebut.
Ia dikatakan langkah ini akan memberi kesan buruk terhadap persaingan, dan untuk pelanggan bagi jangka panjang. Hal ini kerana langkah Trip.com ini mengehadkan keupayaan hotel domestik untuk beroperasi rentas platform, dan bebas mengawal harga mereka sendiri.
Trip.com menyatakan mereka akan menerima dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ini, serta akan mengimplementasi pelbagai perkara yang telah diarahkan secara berperingkat.