Sultan Mizan Zahir Penghargaan, Kini Sihat Dan Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara

by Oh! Semput


5
SHARES
67
VIEWS
Posted on 25 Jul 2026 06:32:31

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatan serta kesejahteraan baginda.

Pejabat Istana Terengganu menerusi kenyataan yang dikongsi oleh Jabatan Penerangan memaklumkan bahawa Sultan Mizan kini berada dalam keadaan sihat.

Advertisement

Rakyat Terengganu Diseru Hadir Ke Majlis Solat Hajat Di Masjid, Surau Bagi Mendoakan Kesihatan Sultan Mizan

Bagaimanapun, baginda akan meneruskan rawatan susulan di luar negara seperti yang telah dijadualkan oleh pasukan perubatan.

“Menjunjung titah Sultan Mizan dan Yang Di Pertuan bagi negeri Terengganu, alhamdulillah dengan izin dan rahmat Allah SWT serta dengan berkat doa seluruh rakyat, Tuanku Sultan kini berada dalam keadaan sihat walafiat.

“Sultan Mizan berada dalam keadaan yang baik dan akan meneruskan rawatan susulan seperti dijadualkan pasukan perubatan baginda di luar negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Sultan Mizan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat yang tidak putus-putus mendoakan baginda.

“Semuga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan kepada Sultan Mizan serta dipermudahkan segala urusan baginda,” katanya. – BERITA HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jheat
2026-07-23 09:48:09

Rakyat Terengganu Diseru Hadir Ke Majlis Solat Hajat Di Masjid, Surau Bagi Mendoakan Kesihatan Sultan Mizan

Sultan Mizan Zahir Penghargaan, Kini Sihat Dan Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts