Meta Perkenal Facebook Verified – Lencana Percuma Untuk Sahkan Profil Pengguna

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 24 Jul 2026 21:00:34

Meta kini memperkenalkan Facebook Verified, iaitu lencana (badge) pengesahan percuma yang membolehkan pengguna mengenal pasti sama ada sesuatu profil benar-benar dimiliki oleh individu sebenar.

Pengesahan dibuat melalui video swafoto

Facebook Verified menggunakan proses pengesahan berasaskan video swafoto yang ringkas. Facebook kemudiannya akan membandingkan dengan gambar profil sedia ada bagi mengesahkan padanan identiti.

Menurut Meta, proses ini adalah percuma dan kebiasaannya hanya mengambil masa beberapa minit.

Bagaimanapun, hanya pengguna Facebook berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai rekod pematuhan yang baik terhadap Piawaian Komuniti, termasuk tiada sejarah penipuan atau tingkah laku tidak tulen, layak menerima pengesahan ini. Buat masa ini, Facebook Verified tidak ditawarkan untuk Pages atau akaun ProMode.

Lencana dipaparkan di beberapa bahagian Facebook

Setelah disahkan, lencana Facebook Verified akan dipaparkan pada profil serta beberapa ciri utama Facebook termasuk Marketplace, Dating dan Groups. Meta turut merancang untuk memaparkannya pada siaran di Feed pada masa akan datang.

Pengguna hanya perlu melalui proses pengesahan sekali dan lencana tersebut akan digunakan merentas Facebook tanpa sebarang yuran langganan.

Meta menjelaskan lencana ini hanya mengesahkan sesuatu profil dimiliki oleh individu sebenar yang telah melengkapkan proses pengesahan dan memenuhi piawaian keselamatan platform.

Namun, ia bukan jaminan pengguna tersebut boleh dipercayai atau disokong oleh Facebook. Semua akaun masih tertakluk kepada Piawaian Komuniti dan polisi Meta yang lain.

Juga, perlu diketahui bahawa Facebook Verified tidak sama dengan Meta Verified. Jika Meta Verified merupakan langganan berbayar yang menawarkan lencana pengesahan bersama beberapa manfaat tambahan, Facebook Verified pula ialah ciri percuma yang bertujuan mengesahkan sesuatu profil dimiliki oleh individu sebenar.

Ketersediaan

Facebook Verified kini dilancarkan secara berperingkat, bermula di beberapa pasaran terpilih, sebelum diperluaskan ke lebih banyak negara.

{suggest}

Meta Perkenal Facebook Verified – Lencana Percuma Untuk Sahkan Profil Pengguna WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts