Claude Opus 5 Dilancarkan – Hampir Setanding Fable 5 Pada Separuh harga

by Oh! Semput


5
SHARES
66
VIEWS
Posted on 25 Jul 2026 04:00:20

Anthropic hari ini mengumumkan Claude Opus 5, model AI baharu yang diposisikan sebagai lebih teliti dan proaktif, dengan tahap kecerdasan yang menghampiri Fable 5 tetapi pada kira-kira separuh harga.

Menurut Anthropic, Opus 5 mencatat prestasi terbaik dalam beberapa penanda aras melibatkan pengekodan dan tugasan berasaskan pengetahuan. Model ini turut menunjukkan kecekapan yang lebih tinggi dengan kos setiap tugasan yang sama atau lebih rendah berbanding model lain.

Opus 5 is also highly efficient. It outperforms other models for a similar or lower cost per task: pic.twitter.com/o99mHJ74Kn

— Claude (@claudeai) July 24, 2026

Dalam ujian ARC-AGI-3 yang mengukur keupayaan AI menyelesaikan masalah baharu, Opus 5 memperoleh skor tiga kali lebih tinggi.

Anthropic turut menyatakan audit tingkah laku automatik syarikat itu mendapati Opus 5 ialah model Claude yang paling sejajar setakat ini. Berbanding model Anthropic yang lain, ia menunjukkan kadar tingkah laku cuai atau mengelirukan paling rendah serta pematuhan paling tinggi terhadap Claude’s Constitution.

Bagi aspek keselamatan siber, Opus 5 menawarkan peningkatan berbanding Opus 4.8, namun Anthropic menegaskan ia masih jauh di belakang Mythos 5 dalam membangunkan eksploit. Pada masa sama, sistem perlindungan terbina direka untuk membantu pembangun mengenal pasti dan membaiki kelemahan perisian sambil menghalang penggunaan yang berisiko tinggi.

Ketersediaan

Claude Opus 5 kini tersedia untuk semua pelanggan pelan berbayar serta melalui Claude API pada harga yang sama seperti Opus 4.8. Ia menjadi model default untuk pelanggan Claude Max, model paling berkuasa dalam Claude Pro, dan turut ditawarkan dalam mod Fast yang memberikan kelajuan sekitar 2.5 kali lebih pantas berbanding kelajuan default. 

{suggest}

Claude Opus 5 Dilancarkan – Hampir Setanding Fable 5 Pada Separuh harga WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts