Ubat Difflam: Fungsi, Dos & Kesan Sampingan

by Oh! Semput


19
SHARES
252
VIEWS
Posted on 23 Oct 2022 18:00:17

Apakah kegunaan ubat Difflam? Artikel ini akan membincangkan kegunaan ubat difflam, fungsi, dos dan kesan sampingan.

Klafisikasi Ubat: Ubat anti-radang

Apa Itu Difflam?

Difflam ialah sejenis ubat dari kumpulan ubat anti-radang dimana digunakan secara meluas untuk rawatan penyakit berkaitan mulut dan kerongkong. Ubat ini boleh didapati melalui prekripsi dari doktor dan boleh juga dibeli di farmasi.

Variasi Difflam Dalam Pasaran Malaysia

Terdapat beberapa bentuk dos Difflam yang terdapat didalam pasaran tempatan antaranya:

  • Difflam Anti-Inflammatory Lozenge- antibakteria
  • Difflam Anti-Inflammatory Lozenge- rawatan batuk
  • Difflam Solution
  • Difflam Forte Anti-Inflammatory Throat Spray
  • Difflam Mouth Gel
  • Difflam-C Solution

Kesemua variasi diatas dibuat oleh Inova Pharmaceuticals dan diedarkan oleh Zuellig Pharma. Setiap satu variasi Difflam mempunyai kegunaan dan fungsi tersendiri mengikut indikasi dan cara penggunaan yang disyorkan.

Kandungan Bahan Aktif Didalam Difflam

Setiap variasi Difflam mengandungi bahan aktif yang berbeza berdasarkan fungsi dan kegunaan.

  • Difflam Anti-Inflammatory Lozenge – antibakteria mengandungi 3mg Benzydamine Hydrochloride dan 1.33mg Cetylpyridinium Chloride
  • Difflam Anti-Inflammatory Lozenge – rawatan batuk mengandungi 1.5mg Benzydamine Hydrochloride, 1.33mg Cetylpyridinium Chloride dan 5.5mg pholcodine
  • Difflam Solution mengandungi Benzydamine Hydrochloride
  • Difflam Forte Anti-Inflammatory Throat Spray mengandungi Benzydamine Hydrochloride
  • Difflam Mouth Gel mengandungi 1% w/w Benzydamine Hydrochloride dan 0.1% w/w Cetylpyridinium Chloride
  • Difflam-C Solution mengandungi 0.15% w/v Benzydamine Hydrochloride dan 0.12% w/v Chlorhexidine Gluconate

Dos dan Cara Penggunaan

Setiap variasi Difflam mempunyai dos dan cara penggunaan yang berbeza.

  • Difflam Anti-Inflammatory Lozenge- antibakteria
    • Ambil 1 lozeng setiap 1-2 jam, maximum 12 lozeng sehari. Tempoh rawatan seharusnya tidak melebihi 7 hari
    • Diambil secara oral dan dikemam
  • Difflam Anti-Inflammatory Lozenge- rawatan batuk
    • Dewasa: ambil 2 lozeng dengan sekali pengambilan setiap 3 jam, maksimum 12 lozeng sehari
    • Kanak-kanak 6-12 tahun: ambil 1 lozeng setiap 3 jam, maksimum 8 lozeng sehari
    • Diambil secara oral dan dikemam
  • Difflam Solution
    • Dewasa: kumur selama 30 saat, 15ml setiap 1.5-3 jam
    • Kanak-kanak 6 tahun keatas: kumur selama 30 saat, 5-15ml setiap 1.5-3 jam
  • Difflam Forte Anti-Inflammatory Throat Spray
    • Dewasa dan kanak-kanak 12 tahun keatas: sembur secara terus pada kawasan yang sakit dan ulang semburan setiap 1.5-3 jam
  • Difflam Mouth Gel
    • Sapu pada bahagian yang sakit 2-3 kali sehari, maksimum 12 kali sapuan
  • Difflam-C Solution
    • Dewasa: kumur selama 30 saat, 15ml setiap 1.5-3 jam
    • Kanak-kanak: kumur selama 30 saat, 5-15ml setiap 1.5-3 jam

Fungsi dan Kegunaan Difflam

Setiap satu variasi Difflam mempunyai kegunaan dan fungsi tersendiri mengikut indikasi dan cara penggunaan yang disyorkan. Antaranya:

  • Difflam Anti-Inflammatory Lozenge- antibakteria
    • Untuk rawatan mengurangkan kesakitan pada mulut seperti tonsillitis dan sakit tekak
  • Difflam Anti-Inflammatory Lozenge- rawatan batuk
    • Untuk rawatan mengurangkan kesakitan pada mulut, sakit tekak dan juga menghentikan batuk
  • Difflam Solution
    • Untuk rawatan mengurangkan kesakitan pada mulut seperti tonsillitis dan sakit tekak
  • Difflam Forte Anti-Inflammatory Throat Spray
    • Untuk rawatan mengurangkan kesakitan pada mulut seperti tonsillitis dan sakit tekak
  • Difflam Mouth Gel
    • Untuk rawatan mengurangkan kesakitan pada mulut seperti ulser mulut dan sakit gusi
  • Difflam-C Solution
    • Untuk rawatan mengurangkan kesakitan pada mulut seperti tonsillitis dan sakit tekak
    • Mengurangkan plaque gigi dan menghalang pembentukan gingivitis

Cara Penyimpanan

Simpan Difflam pada suhu bilik dan elakkan dari matahari. Jauhkan dari kanak-kanak.

Kesan Sampingan Difflam

Pengambilan Difflam berguna terutamanya untuk merawat masalah berkaitan pemyakit mulut dan kerongkong. Namun kesan sampingan daripada pengambilannya tetap terjadi. Antara kesan sampingan yang sering berlaku ialah:

  • Mulut terasa kebas, terbakar, kering dan haus
  • Mengurangkan deria rasa
  • Penghasilan tartar
  • kemandulan

Penggunaan Ketika Mengandung?

  • Pengambilan ubat ini ketika mengandung adalah tidak disyorkan 

Terlebih Dos 

  • Sila ambil Difflam mengikut dos yang disyorkan. Dapatkan rawatan dengan segera jika terjadi kejadian terlebih dos.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlepas Dos?

  • Difflam adalah ubat yang diambil mengikut dos dan arahan doktor.
  • Namun jika anda seharusnya ambil ubat ini dan terlupa, ambil secepat yang mungkin selepas anda teringat. Namun, jika waktu itu dah hampir dengan waktu untuk ambil dos seterusnya, anda haruslah langkau pengambilan dos tersebut.
  • Anda adalah dilarang untuk menggandakan dos dengan sekali pengambilan.

Langkah Berjaga-jaga

  • Sebelum mengambil Difflam, sila beritahu sejarah perubatan anda kepada doktor
  • Sila beritahu kepada doktor juga jika anda alah kepada Difflam
  • Jika berlaku gejala-gejala akibat terlebih dos, anda harus hentikan pengambilan Difflam dan segera untuk dapatkan rawatan.
  • Jangan kongsi ubat ini bersama orang lain.

Rujukan

  1. MIMS Malaysia “Difflam”

Ubat Difflam: Fungsi, Dos & Kesan Sampingan Root of Science.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts