3 Dongle Audio Bawah RM60

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 20 Oct 2026 11:00:13

Adakah anda sedang mencari adapter audio untuk disambungkan ke telefon anda? Mungkin sebab earphone yang anda baru sahaja beli mempunyai sambungan 3.5mm jack dan bukan USB-C, bukan?

Di sinilah peranan dongle atau adapter audio. Ia berfungsi sebagai penyesuai untuk menukar isyarat digital dari telefon ke earphone atau headphone analog (yang mempunyai sambungan 3.5mm jack).

3 Dongle Audio Bawah RM60
3.5mm jack perlu disambungkan pada adapter audio seperti ini untuk disambungkan ke telefon.

Kegunaan umumnya adalah untuk menyambungkan earphone berwayar ke telefon yang tidak mempunyai port 3.5mm audio jack.

Sebenarnya, kegunaannya tidak terhenti di situ kerana ia juga mampu menjalankan headphone dan earphone yang memerlukan kuasa lebih, terutama headphone studio seperti Sennheiser HD600.

Jadi, inilah tiga dongle audio bawah RM60 yang cukup solid:

UGREEN MFI Lightning to 3.5mm Jack AUX Cable

ugreen audio adapter transparent

Audio adapter pertama adalah buatan UGREEN. Ia kelihatan generik dan biasa-biasa sahaja dari segi kegunaannya. Tetapi, pada harga sekitar RM35-50, ia mencukupi untuk menguasakan earphone dan headphone berwayar anda.

Adapter ini menggunakan sambungan Lightning, jadi ia khusus bagi mereka yang menggunakan iPhone 14 ke bawah.

Ciri utama adapter ini adalah sokongan “Made For iPhone/iPad/iPod” (MFi) secara rasmi. Ini bermaksud, ia menyokong peranti-peranti buatan Apple tanpa perlu menghidupkan Bluetooth untuk menggunakannya.

Dengan penggunaan adapter ini, dijamin tiada amaran “Accessory Not Supported” walaupun selepas kemas kini iOS.

Kiranya, ia seolah-olah seperti Apple Dongle, dengan binaan yang lebih baik. Ini kerana kabelnya jenis braided dengan kedua-dua penghujung palam diperbuat daripada aloi aluminium, membuatkannya lebih tahan lasak dan tidak mudah reput atau koyak.

3 Dongle Audio Bawah RM60
‘Apple Dongle’ mula koyak selepas sebulan digunakan. Gambar oleh u/goldenfelix dari Reddit.

Disebabkan adanya pensijilan MFi, ia juga menyokong penuh protokol CTIA (mikrofon dan butang kawalan volume pada wayar earphone).

Dari segi kualiti bunyi, ia menyokong resolusi 24-bit/48kHz. Ia tiada cip DAC yang berkuasa seperti adapter-adapter yang lain untuk menguasakan headphone profesional, tetapi ia mencukupi. Pengguna biasa tidak memerlukan kuasa lebih daripada yang ini.

Pada pandangan saya, adapter ini mencukupi sebagai permulaan bagi pengguna iPhone lama.

{produk}

JCALLY JM6 Pro

3 Dongle Audio Bawah RM60
JCALLY JM6 Pro milik saya.

JCALLY JM6 Pro dianggap satu adapter audio yang sangat berkuasa pada harga sekitar RM45-55. Adapter ini khusus untuk peranti yang mempunyai port USB-C kerana ia hanya mempunyai varian sambungan USB-C sahaja.

Wayarnya diperbuat daripada 8-core silver-plated OFC yang cukup tahan lasak. Digabungkan dengan palam aloi aluminium di kedua-dua penghujung, ia juga terasa premium.

Ia dilengkapi dengan konfigurasi cip dwi-cip (DAC+AMP). Ini bermaksud ia sangatlah ‘overkill’ kerana ia menggabungkan cip DAC Conexant CX31993 dengan cip AMP MAX97220, dan ia boleh menguasakan earphone dan headphone sehingga 150ohm (Ω). Maksudnya, headphone studio seperti Sennheiser HD 505 boleh dikuasakan tanpa masalah. Memang kena dengan nama ‘Pro’.

Kuasa outputnya juga mampu mencecah sekitar 28.2mW @ 32Ω dengan nisbah isyarat kepada hingar (SNR) melebihi 124dB, jadi anda tidak akan mendengar bunyi hissing apabila menggunakan adapter ini.

Dari segi kualiti bunyi, ia menyokong audio resolusi sehingga PCM 32-bit/384kHz dan DSD64/DSD128 (DoP). Berdasarkan pengalaman penggunaan saya, ia tidak mengubah profil bunyi asal earphone atau headphone. 

Masuk ke ciri sampingan pula, ia juga menyokong mikrofon pada wayar (inline mic) dan kawalan butang volume pada wayar earphone. Sama sahaja seperti wayar UGREEN. Jadi, anda tidak mengorbankan ciri lain, sambil mendapat kuasa yang padu.

Adapter ini sememangnya lebih daripada cukup untuk menguasakan pelbagai jenis earphone dan headphone.

{produk}

FiiO JA11

fiio ja11 transparent

Jika adapter JCALLY mementingkan kuasa, fokus adapter FiiO JA11 juga sama, tetapi ditambah dengan Parametric EQ. Harganya adalah sekitar RM45-59.

Dari segi binaan, badannya diperbuat daripada aloi aluminium-magnesium dan dipadankan dengan wayar jenis oxygen-free copper yang bersalut paladium. Walaupun menggunakan kombinasi bahan seperti ini, ia masih lagi ringan, iaitu hanya seberat 5g.

Adapter ini dikuasakan cip DAC berprestasi tinggi KTmicro KT02H20. Maksudnya, ia menyokong resolusi tinggi sehingga PCM 384kHz/32-bit dan DSD128. Dari segi kuasa output pula, ia menghasilkan sekitar 30mW @ 32Ω, jadi cukup berkuasa untuk menggerakkan majoriti IEM bajet dan midrange. Kiranya kuasanya lebih kurang sahaja dengan adapter JCALLY.

Tetapi, apa yang membuatkan adapter ini paling ‘overkill’ dalam senarai ini adalah sokongan Parametric EQ (PEQ) melalui aplikasi FiiO Control. Ini bermakna, anda boleh menala headphone anda dalam aplikasi ini, dan talaan itu boleh disimpan dalam adapter ini.

Jadi, katakan anda mahu menala sebuah headphone, tetapi tidak mahu menggunakan aplikasi EQ seperti Peace APO di komputer setiap kali anda mahukan tetapan kegemaran anda. Ciri PEQ jawapannya. Anda hanya sambung sahaja adapter ini ke telefon atau komputer anda, dan talaan anda sudah sedia ada.

Bukan sekadar ciri EQ yang pintar, FiiO JA11 juga ada sokongan mikrofon pada wayar (inline mic) dan kawalan butang standard CTIA, sama seperti adapter-adapter lain dalam senarai ini.

Maka, FiiO JA11 juga satu pilihan yang cukup solid.

{produk}

Setelah anda mengetahui dongle atau adapter audio yang berkualiti, anda perlu mengelakkan daripada membeli dongle murah-murah di Shopee. Sebagai peringatan, sentiasa membuat kajian mendalam sebelum membuka dompet anda untuk membeli.

{suggest}

3 Dongle Audio Bawah RM60 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts