by Oh! Semput
Dengan permainan Grand Theft Auto VI akan dilancarkan pada 19 November hadapan dengan ia bakal menjadi permainan paling dinantikan kerana permainan terakhir dilancarkan 13 tahun yang lalu. Di acara State of Play pagi tadi, Sony melancarkan dua alat kawalan DualSense edisi khas GTA VI yang ditawarkan berasingan daripada konsol edisi GTA VI yang diumumkan sebelum ini.

Alat kawalan DualSense ditawarkan dalam warna Black Limited Edition dan White Limited Edition dengan tubuh mempunyai corak pokok palma Vice CIty. Warna pada tubuh juga berubah mengikut sudut pandangan DualSense dipegang. Selain itu logo GTA VI juga dipaparkan pada pad sesentuh DualSense.

Pratempahan alat kawalan ini akan dibuka pada 10 September dengan ia dijual pada harga $84.99 (~RM343) sebuah. Harga jualan di Malaysia belum lagi diumumkan pada ketika ini.