by Oh! Semput
Huawei secara rasmi telah melancarkan jam pintar baharu, Watch 6 dan Watch 6 Pro bagi pasaran global. Model terbaharu ini menampilkan gabungan gaya santai dengan sentuhan premium untuk memenuhi keperluan pengguna moden.

Watch 6 mengekalkan reka bentuk klasik dengan skrin kaca rata serta tali fluoroelastomer yang selesa dipakai setiap hari. Sementara itu, Watch 6 Pro hadir dengan gaya lebih mewah menggunakan aloi titanium gred aeroangkasa yang ringan dan tahan lasak, bersama pilihan seramik premium untuk versi 43mm. Bagi 46mm, ia dilengkapi tali bertekstur berlapis yang memberikan sentuhan santai dan moden.

Kedua-dua model dilengkapi paparan LTPO 2.0 AMOLED berukuran 1.38 inci untuk varian 42mm/43mm dan 1.5 inci untuk varian 46mm, dengan resolusi 466 x 466 piksel serta kecerahan maksimum 3500 nit. Paparan ini memastikan visual kekal jelas walaupun digunakan di bawah cahaya matahari.

Siri Watch 6 ini turut menawarkan teknologi X-TAP bersama sensor PPG 12 saluran yang membolehkan pengguna melihat status kesihatan mereka dengan cepat dan tepat. Fungsi baharu seperti Physical Readiness, Health Insights, dan Healthy Living (Petal by Petal) membantu pengguna mengekalkan keseimbangan antara kerja dan rehat sekali gus menyokong gaya hidup sihat.

/Selain fokus kepada kesihatan, jam pintar ini juga menyokong pelbagai ciri tambahan termasuk Quick Flip Gesture, sokongan dua telefon serentak, eSIM terbina, Safety Check untuk berkongsi lokasi, NFC payments, mod khas untuk golf, serta AI workout analysis chart bagi analisis senaman lebih terperinci. Buat masa ini, tiada maklumat rasmi mengenai pelancaran jam tangan ini di Malaysia.