(VIDEO) Gajah Liar ‘Sulong Chalil’ Selamat Dipindahkan Ke Taman Negara Terengganu

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 03 Sep 2026 06:31:05

Seekor gajah liar jantan yang dikenali sebagai Sulong Chalil berjaya dipindahkan ke Taman Negara Terengganu melalui pintu masuk Tasik Kenyir hari ini.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia memaklumkan pemindahan itu dilakukan selepas pihaknya menjalankan pemantauan serta usaha menyelamat terhadap gajah berkenaan.

Advertisement

Langkah tersebut bertujuan menyediakan persekitaran yang lebih selamat untuk Sulong, selain mengurangkan risiko konflik dengan manusia dan kemalangan jalan raya.

Sulong Dipantau Sejak 17 Ogos

Menurut Perhilitan, pihaknya telah memantau pergerakan serta keadaan fizikal Sulong sejak 17 Ogos lalu, termasuk kecederaan yang direkodkan pada kaki kanannya.

Perhilitan menjelaskan bahawa pergerakan Sulong secara bersendirian adalah tingkah laku semula jadi bagi gajah jantan dewasa dan bukan petanda haiwan berkenaan terpisah daripada kumpulan atau sedang mencari keluarganya.

Selepas mengambil kira faktor keselamatan, lokasi dan tahap kesihatan Sulong, operasi menangkap semula berjaya dilaksanakan pada 30 Ogos lalu di kawasan Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik.

Dibantu Dua Gajah Denak

Proses pemindahan kemudiannya dijalankan pada 1 September 2026 dengan sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bantuan dua gajah denak, Rambai dan Cheri.

gajah sulong

“Sepanjang operasi berlangsung, Sulong sentiasa menerima pemantauan dan rawatan veterinar. Kecederaan pada kaki kanannya kini menunjukkan perkembangan positif dan rawatan susulan akan diteruskan mengikut penilaian Pegawai Veterinar,” menurut kenyataan itu.

Perhilitan turut menegaskan kebajikan Sulong, keselamatan orang awam serta anggota operasi sentiasa menjadi keutamaan sepanjang proses berkenaan.

“Perhilitan merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat serta orang ramai atas kerjasama dan sokongan yang diberikan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, beberapa video Sulong berjalan di bahu JRTB tular di media sosial dan dipercayai dirakam orang awam yang menggunakan laluan tersebut.

Gajah berkenaan dikatakan berasal dari Chalil, Gua Musang sebelum dipindahkan ke kawasan hutan di Gerik menerusi operasi translokasi Perhilitan. Bagaimanapun, Sulong dipercayai bergerak semula menghala ke kawasan asalnya melalui laluan berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

datuk jijoe
2026-08-31 17:07:27

"Terima Kasih Rakyat Malaysia.." - Azizulhasni Awang Dapat ‘Lampu Hijau’, KBS Dan MSN Sokong Misi LA28

(VIDEO) Gajah Liar ‘Sulong Chalil’ Selamat Dipindahkan Ke Taman Negara Terengganu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts