Facebook Perkenal Aplikasi Baharu Dinamakan “Seller” – Memfokuskan Jual-Beli FB Marketplace

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 25 Jul 2026 03:33:55

Facebook kini menyambut ulang-tahun ke-10 untuk fungsi Facebook Marketplace, dan selari dengannya, mereka turut memperkenalkan sebuah aplikasi baharu dinamakan Seller. Buat masa ini, aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja, dan dijangka diperluaskan ke pasaran lain secara berperingkat.

Facebook Marketplace pada awalnya diperkenalkan selepas budaya jual-beli melalui Facebook Groups yang meningkat. Sejak diperkenalkan, ciri tersebut terus aktif dan ramai menggunakannya dalam urusan jual-beli harian.

Aplikasi Seller ini akan memudahkan para penjual dalam menguruskan senarai barangan yang dijual, memudahkan menambah produk baharu, menguruskan permesejan melibatkan jual-beli ini, dan melihat apakah barangan yang telah dijual.

Dengan perkembangan ini juga, secara tidak langsung ia dilihat Facebook memberikan lebih perhatian terhadap ciri jual-beli pada platform mereka ini. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi sama akan ditawarkan di Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts