Fahmi Fadzil : Sistem Perbankan Atas-Talian Dan Transaksi Kewangan Kekal Selamat

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 07 Nov 2026 14:00:43

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil kini mengatakan sistem perbankan atas-talian dan juga transaksi kewangan negara masih kekal selamat. Komen ini dikeluarkan lanjutan daripada insiden penggodaman laman web Bank Rakyat.

Ia dikongsikan yang mana terdapat percubaan untuk melakukan penggodaman dan sebagainya, tetapi tidak untuk mencuri data atau memberi kesan terhadap sistem perbankan. Laman web Bank Rakyat sebelum ini telah digodam dan laman sesawang itu telah diambil-alih. Tetapi ia lebih kepada laman web sahaja, dan bukannya pada sistem perbankan Bank Rakyat.

Sebelum ini, Perdana Menteri turut telah mengarahkan MKN untuk meneliti aspek ancaman keselamatan, disamping telah meningkatkan kadar ancaman daripada Rendah kepada Sederhana.

Beberapa negara lain turut diserang oleh penggodam sejak seminggu dua kebelakangan ini dengan lebih aktif berbanding sebelum-sebelum ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts