Fathia Latiff & Aiman Berbaik Semula Demi Agama

by Oh! Semput


14
SHARES
186
VIEWS
Posted on 16 Oct 2016 04:00:13

Sebelum ini Fathia Latiff menafikan bahawa dia dan juga bekas kekasih, Aiman Hakim Ridza kembali menjalin cinta namun mengakui berbaik semula selepas hampir setahun hubungan mereka putus di tengah jalan.

BACA: Fathia Latiff Nafi Kembali Bercinta Dengan Aiman Hakim

“Benar, antara saya dan Aiman kembali berhubung namun sebagai seorang sahabat kerana pada saya tiada penyudahnya untuk kita saling bermasam muka sedangkan Islam menuntut umatnya menjaga hubungan silaturahim, bukan terus berdendam dan bermasam muka”

“Soal kami pernah berjumpa atau tidak dan siapa yang memulakan komunikasi rasanya tidak perlulah saya kongsikan di sini, cuma apa yang boleh saya katakan antara kami tiada lagi sengketa dan saya bahagia dengan kehidupan sekarang,” jelasnya kepada mStar Online.

Tambah Fathia yang kini masih single, putusnya hubungan di antara mereka memberikan dia lebih banyak masa untuk mengenali diri sendiri selain turut sibuk mengusahakan perniagaannya.

“Buat masa ni biarlah saya single dulu tanpa cinta. Di sekeliling saya ramai orang yang membahagiakan termasukan keluarga yang sebelum ini banyak kualiti masa bersama mereka saya abaikan kerana sibuk dengan urusan seni.

“Alhamdulillah, sekarang saya mulai tahu apa sebenar yang saya cari dalam hidup. Pengalaman yang lalu banyak mengajar saya untuk berubah ke arah yang lebih baik,” katanya. (rtky/s)

6-fathia-latiff-aiman-berbaik-semula-demi-agama-rotikaya 5-fathia-latiff-aiman-berbaik-semula-demi-agama-rotikaya 4-fathia-latiff-aiman-berbaik-semula-demi-agama-rotikaya 3-fathia-latiff-aiman-berbaik-semula-demi-agama-rotikaya 2-fathia-latiff-aiman-berbaik-semula-demi-agama-rotikaya 1-fathia-latiff-aiman-berbaik-semula-demi-agama-rotikaya

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts