(Gambar) Hari-Hari Pasangan "Mat Saleh" Ini Kutip Sampah Yang Dibuang Oleh Orang Kita Di Tepi Jalan

by Oh! Semput


34
SHARES
437
VIEWS
Posted on 30 Aug 2016 14:07:46


Hari ini menjadi viral dilaman sosial beberapa keping gambar yang menunjukkan sikap terpuji pasangan suami isteri 'orang putih' sehingga gambar mereka menjadi bualan ramai.

Mana tidaknya, pasangan ini dikatakan mempunyai sifat yang tiada pada orang kita, mereka dikatakan hari-hari membersihkan bahu jalan dengan mengutip sampah yang dibuang oleh orang kita.

Gambar-gambar mereka ini telah dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Zaki Bai, katanya lokasi mereka adalah di Taman Dahlia, Johor Bharu dan kini perkongsian beliau telah mendapat perhatian ramai.





Menurut seorang pengguna Facebook bernama Nik Ahmad Faisal, beliau menurunkan komen mengatakan pasangan ini berasal dari Texas, Amerika Syarikat dan kini menetap di Malaysia.

"Namanya adalah Uncle Mike, tidak ingat nama isterinya, setiap kali selepas jogging mereka akan mengutip sampah di sekitar kawasan berkenaan," tulisnya.

Berikut adalah reaksi netizen.



- Siakapkeli.my
Siakap Keli News

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts