by Oh! Semput
Gemini Notebook (dahulu Google NotebookLM) telah dikemaskini dengan ciri baharu Google Expert Intelligence. Menerusinya, buku yang ada dalam akaun Play Book pengguna boleh diproses dalam Notebook bagi menghasilkan nota, ringkasan dan juga podsiar.

Menerusi ciri ini, buku yang sudah dibeli menerusi Google Play Book boleh dijadikan sumber rujukan secara terus dalam Notebook tanpa perlu dimuat naik secara manual. Selain itu, pengguna boleh bertanya soalan mengenai isu kandungan buku atau menggunakan Gemini untuk mencari bahagian atau topik tertentu untuk terus dibaca. Infografik, kuiz dan banyak lagi turut boleh dijana Expert Intelligence di dalam Notebook.
Expert Intelligence sudah boleh digunakan hari ini dengan sokongan lebih 100,000 buku daripada penerbit seperti Bloomsbury, De Gruyter Brill, Johns Hopkins University Press, Macmillan Publishers, O’Reilly Media, dan Penguin Random House. Google turut melakukan kerjasama dengan 15 penulis terkemuka untuk menghasilkan Featured Notebook yang boleh digunakan pembaca sebagai rujukan serta pemahaman lebih mendalam.