by Oh! Semput
Huawei nampaknya belum kehabisan idea dalam segmen peranti boleh lipat. Selepas memperkenalkan MateBook Fold sebelum ini, mereka kini mula memberi bayangan tentang kehadiran MateBook Fold S yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, tumpuan utama bukan terletak pada saiz atau reka bentuk. Sebaliknya, Huawei dilihat menempatkan sebuah panel skrin kedua pada modul kamera di belakang. Berdasarkan video yang dikongsi, paparan tersebut berpotensi menawarkan fungsi yang lebih meluas daripada sekadar memaparkan masa dan notifikasi. Huawei turut memberi bayangan bahawa peranti boleh digunakan dalam pelbagai kaedah menerusi HarmonyOS. Namun, mereka masih belum mengesahkan sama ada papan kekunci dan pad sesentuh akan disertakan bersama atau sebaliknya.

MateBook Fold S dijadualkan diperkenalkan di China pada 14 November 2026. Buat masa ini, Huawei masih merahsiakan spesifikasi lain serta fungsi sebenar paparan kedua tersebut. Segala persoalan mengenainya dijangka terjawab ketika acara pelancaran rasmi nanti.